awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri

Gempak
Gempak
01/04/2023
03:20 MYT
Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida memohon agar tidak melibatkan dirinya dalam isu lagu raya suaminya. - Gambar GEMPAK
ISTERI kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida memohon agar tidak melibatkan dirinya dalam isu lagu raya suaminya.
Shahida memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Menurut Shahida, dia tidak mahu diganggu dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan dirinya dan anak-anak.
“Tak perlu kot nak tag tag saya dengan benda yang tak ada kaitan dengan saya… Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahida juga mengakui sudah menasihatkan suaminya berkali-kali namun masih berdegil.
“Orang lain makan nangka orang lain kena getah… Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau.
“Dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan mengganggu ketenteraman saya dan anak-anak saya,” maklumnya.
Terdahulu, Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya.
Video itu merakamkan penampilan Aliff memakai set baju lengkap berwarna biru yang ketat terutamanya di bahagian kaki dan bersampin.
Manakala di belakangnya pula menunjukkan beberapa penari lelaki berpenampilan sama sepertinya membuat tarian yang mengundang kemarahan netizen.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#lagu raya Aliff Syukri
#isteri Aliff Syukri
#usahawan jadi penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan