Teater OlaBola The Musical yang dipentaskan melalui Jelajah Olabola Merdeka akan menemui rakyat Sarawak di Stadium Perpaduan, di sini selama tiga hari mulai Jumaat ini.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pementasan teater yang membawa mesej utama mengenai perpaduan antara kaum di negara ini disokong penuh kerajaan negeri.
"Kita rasa amat teruja dengan pementasan teater muzikal ini kerana ia mengandungi pelbagai elemen di samping mesej utama tentang semangat perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
"Oleh itu, kita amat menyokong penuh acara ini yang ditayangkan selama dua jam setengah dan mengajak orang ramai untuk datang menyaksikan persembahan yang dibarisi kira-kira 50 pelakon hebat," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Turut hadir penerbit dan pengarah teater terbabit Tiara Jacquelina.
Kuching merupakan lokasi kedua selepas Pulau Pinang untuk jelajah teater berkenaan. Selepas ini teater berkenaan akan dipentaskan di dua lagi lokasi iaitu Kota Kinabalu dan Kuantan.
Sementara itu Tiara berkata berbeza dengan pementasan di tiga lokasi lain yang hanya dipentaskan dalam versi 'showcase' selama sejam, pementasan di Kuching akan dibuat dalam versi penuh selama dua jam setengah sepertimana dipentaskan di Istana Budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Kuching merupakan lokasi kedua selepas Pulau Pinang untuk jelajah teater berkenaan. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
'Permaisuri Zarith Sofiah Opera House' bakal jadi pusat seni dan budaya di JB
Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri "premium".
Tiara Jacquelina cari pengganti 'Puteri Gunung Ledang'
Muzikal kisah cinta Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah bakal dipentaskan di Istana Budaya pada Julai 2020
OlaBola The Musical di Kuching dari 6 hingga 8 September
Pementasan teater yang membawa mesej utama mengenai perpaduan antara kaum di negara ini disokong penuh kerajaan negeri.
'Ola Bola The Musical' lancar single 'I Cover You' sempena Merdeka
Penyanyi dan rapper terkenal, Altimet tampil menyampaikan single baharu Ola Bola The Musical bertajuk I Cover You yang diberi nafas baharu sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 pada 31 Ogos ini.
Ubati rindu Starlight Malaysia, VIXX Leo tampil dengan lagu muzikal
Leo yang juga merupakan pelakon teater muzikal hadir tanpa anggota VIXX yang lain pada kali ini dan tampil dengan empat lagu muzikal pada K-Performance Show 2019.
The Phantom of the Opera: 'Tiada salahnya jika lelaki menangis'
Apa yang menarik adalah watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat.
Sampai bila pentas kita mahu 'dihantui' semangat luar?
Kehadiran produksi jelajah dunia muzikal The Phantom of the Opera ke Istana Budaya membangkitkan sekali lagi persoalan hala tuju dan masa depan adegan teater tempatan.
OlaBola The Musical pementasan teater terbaik di Malaysia - Tun Mahathir
Perdana Menteri meluangkan masa menonton OlaBola The Musical di Istana Budaya, pada Rabu.
Filem Hantu Kak Limah ke pentas teater
Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah itu ke pentas teater muzikal.
Walt Disney Studios lancar trailer filem The Lion King
Filem muzikal animasi ini kali pertama ditayangkan pada 1994 dan merupakan antara filem yang mencatat kutipan pecah panggung.