awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Idea Nabil guna ‘kabel’ dekati Lee Zii Jia berhasil

Astro Arena
Astro Arena
07/08/2024
10:15 MYT
Olimpik Paris 2024: Idea Nabil guna ‘kabel’ dekati Lee Zii Jia berhasil
Idea pengacara Nabil Ahmad menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai 'kabel' bagi menarik perhatiannya membuahkan hasil. - Foto Instagram era.jer
IDEA penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad, untuk menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai ‘kabel’ bagi menarik perhatian pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu nampaknya membuahkan hasil.
Masakan tidak, pemain badminton negara itu pantas mendekati neneknya dan Nabil terus melaksanakan misi untuk bergambar dengan perseorangan lelaki berusia 26 tahun berkenaan.
"Yes! Yes! Menggunakan 'kabel' nenek, kita berjaya!" kata Nabil dalam video yang dimuat naik di Instagram ERA.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Bukan itu sahaja, Nabil, yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), turut menyambut kepulangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, serta bergambar bersama mereka.
“Guys, Alhamdulillah misi selesai. Kita dapat jumpa Lee Zii Jia, dapat berjumpa Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
“Dapat bergambar walaupun sekejap sebab lihatlah keadaan macam mana, memang sibuk sangat,” katanya dalam hantaran video berbeza.
Idea pengacara Nabil Ahmad menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai 'kabel' bagi menarik perhatiannya membuahkan hasil.
Idea pengacara Nabil Ahmad menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai 'kabel' bagi menarik perhatiannya membuahkan hasil.
Nabil sebelum itu terpaksa berkejaran menanti ketibaan hero negara itu dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik sebanyak dua kali sebelum ketiga-tiga wira negara itu muncul di balai ketibaan domestik.
“Terima kasih banyak semua yang tunggu kami sejak pagi tadi. Dari (balai ketibaan) antarabangsa ke domestik, domestik ke antarabngsa dan kembali semula, sangat-sangat berbaloi, puas hati.
“Ini untuk pasukan Malaysia,” ujarnya lagi.
Lee Zii Jia membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen, dalam aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebelum itu menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 16-21, 22-20, 21-19 juga dalam perebutan pingat gangsa. -- Stadium Astro
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Lee Zii Jia
#Nabil Ahmad
#nenek Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan