Adik kepada pengarah filem Yasmin Ahmad, Datin Orked Ahmad memohon agar para dermawan tampil untuk memberikan sumbangan bagi meneruskan legasi kakaknya dalam bentuk muzium di Yasmin At Kong Heng.
Muzium yang mengabadikan foto peninggalan pengarah filem terkenal itu dirasmikan dalam satu majlis di Ipoh pada Sabtu lalu.
Kekurangan dana merupakan antara punca mengapa muzium tersebut hanya dibuka pada hujung minggu sahaja.
"Buat masa ini ia dibuka pada hujung minggu sahaja dan InsyaAllah ia akan dibuka pada hari biasa juga. Banyak aspek yang perlu difikirkan termasuk menggaji kakitangan untuk menguruskan muzium ini selain membayar bil elektrik dan sebagainya.
"InsyaAllah kita akan mantapkan lagi pameran yang ada mengenai arwah Kak Yasmin." katanya kepada Astro AWANI.
Selain foto dan mutiara kata milik peribadi Yasmin, Orked berkata saiz muzium yang kini menghuni ruang satu tingkat bangunan itu akan diperbesarkan lagi.
GALERI FOTO: DARI KUALA LUMPUR KE YASMIN AT KONG HENG
Turut dalam perancangan adalah sebuah amphiteater bagi tayangan filem, ruang persembahan untuk pengkarya muda, pustaka perfileman dan persembahan multimedia.
"Kita mulakan dengan muzium ini secara kecil-kecilan dahulu kerana bajet tidak mencukupi. InsyaAllah pada tahun hadapan kita akan perbesarkan lagi muzium ini termasuk mengadakan persembahan multimedia 'augmented reality'." tambahnya lagi.
Bagi Orked dan keluarganya, kali pertama menjejakkan kaki ke dalam ruang pameran, terasa seperti kakaknya berada di situ.
"Saya seperti merasakan yang Kak Yasmin berada di sini. Muzium ini dihasilkan untuk menghidupkan legasinya. Walaupun tempat ini kecil, tetapi sedikit sebanyak dapat kita kongsikan cerita mengenai Kak Yasmin kepada peminat perfileman tanahair." ulas Orked.
Tambahnya lagi, hajat ibu Yasmin iaitu Inom akhirnya terlaksana dengan pembinaan muzium ini.
"Sewaktu ibu menyampaikan ucapan sebentar tadi, dia menangis. Tentu sekali kami semua rindukannya. Lebih-lebih lagi ini merupakan cadangan daripada ibu yang mahukan muzium ini dibina. Kami semua terharu dengan sambutan orang ramai yang tidak putus-putus hadir pada hari ini." kongsi Orked.
Bagi para dermawan yang ingin memberikan sumbangan kepada Muzium Yasmin At Kong Heng boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank - Yasmin At Kong Heng Old Block di nombor akaun 5580 2431 0056.
Pada majlis perasmian yang berlangsung Sabtu lalu, ia turut dihadiri pelakon Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Nadia Aqilah, Ameera Ramlee dan ramai lagi.
Muzaffar Mustapa
Tue Nov 18 2014
Orked mohon dermawan sumbang untuk muzium Yasmin
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.