awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscar 2021: Nomadland dinobat filem terbaik 2021

Agensi
Agensi
26/04/2021
03:37 MYT
Oscar 2021: Nomadland dinobat filem terbaik 2021
Pengarah terbaik Chloe Zhao menerima anugerah untuk filem "Nomadland" yang dinobat filem terbaik pada majlis anugerah Oscars 2021 pada Isnin. -Reuters
"NOMADLAND" dinobat filem terbaik pada majlis anugerah Oscars 2021 pada Isnin.
Kisah pengembaraan epik seorang wanita yang hilang pekerjaan dan kediaman ini mengetepikan drama bersejarah "Trial of the Chicago 7" dan "Mank".
Sutradaranya Chloé Zhao turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik.
Selain Filem Terbaik, "Nomadland" juga dicalonkan untuk lima lagi kategori dan menang tiga daripadanya.
Sementara itu, bintang veteran Sir Anthony Hopkins memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui "The Father".
Anthony Hopkins merupakan pemenang anugerah paling tua, memenangi Oscar keduanya pada usia 83 tahun selepas kemenangan pertama 29 tahun lalu menerusi "The Silence of the Lambs".
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dirangkul Frances McDormand melalui filem "Nomadland."
Berikut senarai pemenang Oscar 2021:
1. Filem Terbaik - Nomadland 2. Pengarah Terbaik - Chloe Zhao (Nomadland) 3. Pelakon Wanita Terbaik - Frances McDormand (Nomadland) 4. Pelakon Lelaki Terbaik - Anthony Hopkins (The Father) 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Youn Yuh-jun (Minari) 6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah) 7. Lagu Terbaik - Fight For You (Judas and the Black Messiah) 8. Filem Animasi Terbaik - Soul 9. Solekan dan Tatarias Rambut Terbaik - Ma Rainey's Black Bottom 10. Kesan Visual Terbaik - Tenet 11. Sinematografi Terbaik - Mank 12. Suntingan Filem Terbaik - Sound of Metal 13. Rekaan Produksi Terbaik - Mank 14. Kesan Bunyi Terbaik - Sound of Metal 15. Filem Antarabangsa Terbaik - Another Round (Denmark) 16. Dokumentari Pendek Terbaik - Colette 17. Rencana Dokumentari Terbaik - My Octopus Teacher 18. Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik - Two Distant Strangers 19. Filem Animasi Pendek Terbaik - If Anything Happens I Love You 20. Lakon Layar Terbaik - Promising Young Woman (Emerald Fennell) 21. Lakon Layar Adaptasi Terbaik - The Father (Christopher Hampton and Florian Zeller) 22. Skor Filem Terbaik - Soul 23. Rekaan Kostum Terbaik - Ma Rainey's Black Bottom
Topic Berkaitan
#Oscar 2021
#Filem Terbaik
#antarabangsa
#Anthony Hopkins
#Pelakon Lelaki Terbaik
#Pelakon Wanita Terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan