awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscar 2021: Riz Ahmed, pelakon Muslim pertama tercalon kategori Pelakon Lelaki Terbaik

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2021
09:11 MYT
Oscar 2021: Riz Ahmed, pelakon Muslim pertama tercalon kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Bagi kategori ini, Riz akan menerima saingan hebat daripada mendiang Chadwick Boseman menerusi filem Ma Raineys Black Bottom, Anthony Hopkins (The Father), Gary Oldman (Mank) dan Steven Yeun (Minari). - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pemuzik kelahiran Britain, Riz Ahmed muncul sebagai pelakon Muslim pertama menerima pencalonan Academy Awards ke-93 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Pencalonan diterima pelakon berketurunan Pakistan itu menerusi lakonannya dalam filem Sound of Metal.
Menerusi ciapan di laman Twitter, Riz atau nama sebenarnya Rizwan Ahmed menyifatkan pencalonan itu sebagai satu penghormatan dan sokongan diterima daripada pihak Academy buat dirinya.
“Saya menganggap pencalonan ini sebagai satu penghormatan apabila tercalon bersama rakan aktor yang menampilkan persembahan yang memberi inspirasi dan terima kasih kepada pihak Academy atas pengiktirafan ini.
“Perasaan sama dikongsi penulis skrip berbakat besar, Darius Marder dan pengarah, Paul Racci,” katanya.
Menerusi Sound of Metal, Riz melakonkan watak pemain dram yang hilang deria pendengaran untuk sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre rock dan metal.
Bagi kategori ini, Riz menerima saingan hebat daripada mendiang Chadwick Boseman menerusi filem Ma Rainey’s Black Bottom, Anthony Hopkins (The Father), Gary Oldman (Mank) dan Steven Yeun (Minari).
Steven Yeun yang merupakan aktor berketurunan Amerika dan Korea juga muncul sebagai pelakon berdarah Asia pertama dicalonkan bagi kategori ini.
Anugerah berprestij ini akan berlangsung pada 26 April ini di Dolby Theatre di Union Station, Los Angeles.
Sekiranya menang, Riz akan mengatasi pencapaian seorang aktor muslim, Mahersala Ali yang pernah merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada tahun 2017 menerusi filem Moonlight dan 2019 (Green Book).
Topic Berkaitan
#Riz Ahmed
#Oscars 2021
#Academy Awarads 2021
#Pelakon Lelaki Terbaik
#Mahersala Ali
#Sound of Metal
#Chadwick Boseman
#Rizwan Ahmed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan