Gary Oldman merangkul anugerah sulungnya dalam kategori pelakon terbaik Anugerah Oscar yang ke-90 pada Ahad.
Beliau memenangi anugerah pertama daripada lakonannya sebagai Winston Churchill dalam filem Darkest Hour, seorang perdana menteri terulung dari British era Perang Dunia Kedua.
Pelakon berumur 59 tahun itu berada dalam barisan utama untuk kategori pelakon terbaik Oscar setelah membolot hadiah di Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild, dan juga beberapa anugerah daripada kumpulan pengkritik filem.
“Saya ingin menyanjungi peranan dan sumbangan Winston Churchill serta perjalanan hidupnya adalah luar biasa," katanya setelah menerima anugerahnya.
Beliau juga turut mengambil kesempatan di atas pentas untuk memberi ucapan terima kasih kepada ibunya.
"Saya ingin berterima kasih terhadap ibu saya atas curahan kasih sayang dan sokongan. Tunggu saya, saya akan tiba di rumah dengan membawa trofi Anugerah Oscar," seloroh Oldman.
Pelakon kelahiran London itu memegang watak sebagai pemimpin British dalam filem Darkest Hour yang menumpukan latar masa sekitar Mei dan Jun tahun 1940 ketika Britain di ambang kekalahan dalam Perang Dunia Kedua selain menghadapi perpecahan dalam kerajaan, ketenteraan, serta monarki pada waktu itu.
Sebelum ini, Oldman pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar untuk lakonannya dalam filem perisikan Tinker Tailor Soldier Spy pada tahun 2011 dan beliau juga turut terkenal dengan wataknya sebagai Sirius Black dalam filem fantasi Harry Potter.
Reuters
Mon Mar 05 2018
Gary Oldman pada majlis makan tengah hari Anugerah Oscar ke-90 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Foto - Reuters
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Michelle Yeoh bawa pulang trofi Oscar ke Ipoh
Pelakon berusia 61 tahun itu turut membawa trofi berkenaan menziarahi kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Berita tular PM beri cuti umum Rabu ini adalah palsu - JPM
JPM menafikan satu tangkap layar berita tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar.
Rakyat Malaysia gembira Michelle Yeoh lakar sejarah Oscar
Mesej ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh membanjiri media sosial hari ini selepas pelakon kelahiran Malaysia itu memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Michelle Yeoh tercalon Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar
Yeoh, 60, menerima pencalonan Oscar pertamanya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.
Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock
Willow berkata dia berasa sedemikian kerana dia melihat keluarganya sebagai manusia biasa.
Anugerah Oscar: Barisan pelakon ternama diumumkan sebagai penyampai
Antara nama popular yang didedahkan adalah pelakon Brad Pitt, Halle Berry, Harrison Ford dan Reese Witherspoon.
'Perempuan Tanah Jahanam' ke Oscar: Semua genre filem sama berharga - Joko Anwar
Joko Anwar berkata tidak wujudnya kelas ataupun kasta dalam dunia perfileman kerana semua genre filem itu sama nilainya.
'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!
Pihak terbitan Les' Copaque Production tetap berbangga berjaya disenaraikan dalam pencalonan awal.
Oscar: Gary Oldman rangkul anugerah pelakon terbaik
Beliau memenangi anugerah pertamanya daripada lakonannya sebagai Winston Churchill dalam filem Darkest Hour.