Ringkasan AI
- Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua pada Ahad.
- Pelantikan beliau disaksikan Yang di-Pertua Negeri Melaka serta pemimpin Barisan Nasional, MCA, MIC dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN dan PN.
- Gabungan BN-PN memperoleh majoriti dua pertiga pada PRN Melaka ke-16, dengan BN memenangi 21 kerusi dan PN tiga kerusi.
MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua pada Ahad.
Istiadat angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Dalam istiadat berkenaan, Ab Rauf diumumkan sebagai Ketua Menteri Melaka oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh sebelum menerima Surat Cara Pelantikan daripada Tun Mohd Ali.
Ia disusuli dengan Ab Rauf mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan simpan rahsia sebagai Ketua Menteri Melaka.
Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.
Istiadat itu turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN dan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pelantikan itu menyaksikan Ab Rauf terus menerajui pentadbiran negeri selepas BN dan PN memperoleh majoriti pada PRN berkenaan.
Pada PRN Melaka ke-16, gabungan BN-PN memperoleh majoriti lebih dua pertiga selepas memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BN memenangi 21 kerusi manakala PN memperoleh tiga kerusi.
Sementara itu, Ab Rauf mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara selepas meraih 10,079 undi dengan majoriti 8,615 undi.
Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Yunazri Mustamiri dalam pertandingan satu lawan satu di kerusi berkenaan.
Ab Rauf sebelum ini dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua?
A: Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua. - Q: Di manakah istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 berlangsung?
A: Istiadat angkat sumpah berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka. - Q: Berapakah jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka ke-16?
A: BN memenangi 21 kerusi manakala PN memperoleh tiga kerusi, menjadikan gabungan BN-PN memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - Q: Siapakah yang disaksikan hadir dalam istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13?
A: Istiadat disaksikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan PN. - Q: Bagaimana keputusan kerusi DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka ke-16?
A: Ab Rauf mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan meraih 10,079 undi dan majoriti 8,615 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan, Yunazri Mustamiri.