NEW YORK: Seniman tersohor dunia, Paul McCartney buat kali pertama disenaraikan sebagai pemuzik bilionair pertama United Kingdom dalam edisi Senarai Kekayaan 2024 yang diterbitkan pada Jumaat, lapor Sunday Times.
Menurut laporan tersebut, kekayaan pengasas band legenda Beatles berusia 81 tahun itu dan isterinya, Nancy Shevell bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Akhbar itu mengaitkan pencapaian terbesar itu berkait rapat dengan umur panjang McCartney selain memiliki tarikan dengan peminat merentasi generasi.
McCartney telah mengeluarkan beberapa karya sejak setahun lalu termasuk pada November lalu, The Beatles menerbitkan single yang popular, "Now and Then" yang diuar-uarkan sebagai lagu terakhir kumpulan itu.
Menggabungkan vokal John Lennon daripada rakaman demo 1977, petikan gitar George Harrison serta McCartney dan Ringo Starr yang dirakam baru-baru ini, "Now and Then" berada di senarai ke-7 carta Billboard Hot 100.
Nilai bersih kekayaan McCartney semakin meningkat sejak enam tahun lalu, menurut data dari Times, meningkat daripada kira-kira 750 juta pound (RM4.5 bilion) pada 2018.
Pada bulan Jun, album studio langsung "One Hand Clapping," akan dikeluarkan buat kali pertama sejak ia pada mulanya dirakam pada 1974.
McCartney selama ini sering dikenali sebagai artis yang tidak terlalu mementingkan wang, namun, penerbitan album baharunya dijangka memberikan nilai bersih bintang rock itu satu lagi rangsangan. - CNN
Agensi
Fri May 17 2024
Kekayaan McCartney dan isterinya, Nancy Shevell bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Lagu terakhir Beatles disiapkan dengan bantuan AI
Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk membantu mencipta "lagu Beatles terakhir," yang djangka dikeluarkan akhir tahun ini, kata pemuzik legenda dan bekas anggota Beatles Paul McCartney.
Paul McCartney kecam budaya 'kuno' makan kelawar, desak pasar eksotik ditutup
Bintang The Beatles itu menyalahkan pasar basah dan budaya memakan kelawar sebagai punca COVID-19.
Lirik "Hey Jude"' tulisan tangan Paul McCartney terjual RM3.92 juta
"Hey Jude" merupakan sebuah lagu yang sangat ikonik yang diketahui oleh ramai orang.
Ulang tahun ke-50 gambar ikonik The Beatles di Abbey Road
Lintasan belang paling terkenal di dunia tersebut terletak di St Johns Wood, London dibanjiri peminat yang berpakaian seperti idola mereka.
Paul Mc Cartney dan Ringo Starr bergabung di pentas Anugerah Grammy
Dua anggota kumpulan lagenda The Beatles itu muncul dipentas dan mempersembahkan "Queenie Eye" yang dipetik dari album terbaru McCartney.