RAMAI peminat kecewa tiket konsert kumpulan popular Indonesia, Payung Teduh bersama Efek Rumah Kaca di Zepp Kuala Lumpur licin dijual pada hari pertama jualan dibuka pada November tahun lalu.
Justeru, berdasarkan sambutan hangat, penganjur, Neptunes Presents mengundang Payung Teduh kembali untuk mengadakan konsert, sekali gus memenuhi permintaan peminat.
Penganjurnya yang juga aktres popular, Nabila Huda berkata, apa yang menarik, Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.
“Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September depan.
“Lokasi Mega Star Arena dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti 5,000 penonton dengan sistem bunyi dan pencahayaan terbaik,” katanya.
Nabila Huda, Keisha Laila minta Payung Teduh & Sore!
Mengenai pemilihan dua kumpulan, kata Nabila, dia adalah peminat setia Payung Teduh dan Sore sejak 2012.
Payung Teduh dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bes, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.
Manakala, Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bes/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).
Nabila berkata, dua kumpulan itu mempunyai ramai pengikut di setiap kota di Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 300 juta.
“Bukan saya sahaja, anak perempuan, Keisha Laila turut meminati dua kumpulan terbabit yang banyak mendendangkan lagu yang lebih santai.
“Mengikut kajian Spotify, Payung Teduh dan Sore mempunyai ramai peminat dan pendengar setia di Malaysia.
“Rangkaian lagu dendangan sangat dekat dengan peminat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Kata Nabila, Payung Teduh dan Sore sangat berbesar hati apabila dilamar Neptunes Presents untuk berkolaborasi dengan artis dan pemuzik tanah air bagi mengiringi persembahan pada konsert berkenaan.
“Kerjasama pemuzik Indonesia dan Malaysia dalam konsert ini bakal menyajikan satu persembahan hebat selari dengan konsep nusantara dibawakan oleh kedua-dua kumpulan,” katanya.
Noh, Ernie, Atilia artis jemputan
Mengulas mengenai persembahan, Nabila berkata, ia membabitkan penampilan tiga artis popular iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron sebagai penyanyi jemputan untuk menyemarakkan konsert berkenaan.
“Noh dan Atilia akan menjadi artis undangan Sore, manakala Ernie akan berduet dengan Payung Teduh.
“Payung Teduh dan Sore juga menjanjikan persembahan luar biasa dan ia juga kali pertama menyaksikan mereka berkongsi satu pentas.
“Mereka akan mengadakan persembahan selama 75 minit untuk setiap slot persembahan dengan rangkaian 18 lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu,” katanya.
Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala, Sore pula dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.
Pada masa sama, Nabila berkata, Neptunes Presents berharap peminat Payung Teduh dan Sore dapat memberi sokongan padu untuk menikmati alunan muzik dan konsert yang menghiburkan itu.
“Kami berharap peminat akan memberi sokongan pada Senandung Malam - Payung Teduh X Sore kerana ia hanya diadakan satu malam sahaja kerana jadual padat kedua-dua kumpulan itu.
“Sebanyak 40 peratus tiket sudah terjual pada hari pertama penjualan sejak 25 Ogos lalu,” katanya.
Tiket Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) boleh didapati menerusi www.myticketempire.com.
Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome untuk konsert berkenaan. -Gempak
Gempak
Mon Sep 04 2023
Apa yang menarik, Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore. -Gempak
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Payung Teduh tebus kekecewaan peminat Malaysia, bakal kembali 30 September ini
Apa yang menarik, Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.
PERSPEKTIF: Kejujuran dan identiti muzik Payung Teduh
Cukup dengan petikan gitar yang membuai, perkusi yang memberi rentak serta getaran bass yang menyentuh disulami bunyi ukelele yang mengusik setiap telinga yang mendengar Payung Teduh pasti jatuh hati.