awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam azam pelihara seni tarian klasik India di Malaysia

Bernama
Bernama
13/09/2016
00:08 MYT
Peguam azam pelihara seni tarian klasik India di Malaysia
Hema Nandhini bersemangat untuk terus memperjuangkan tarian klasik India. - Sumber foto Facebook Hema Nandhini
Kesibukan kerjaya sebagai seorang peguam tidak menghalang M. Hema Nandhini membuka kelas tarian bagi menurunkan ilmu kepada golongan yang berminat untuk menguasai seni tarian klasik India dikenali sebagai Bharatanetyam.
Hema Nandhini, 40, berkata ketinggian dan ketelitian nilai seni pada tarian klasik itu semakin dipinggirkan generasi masa kini sehingga membuatkannya terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi memastikan ia tidak luput ditelan zaman.
Berpengalaman selama hampir 30 tahun mempelajari tarian itu dari gurunya yang berpangkalan di India selain telah mengadakan persembahan di serata pelusuk dunia, Hema Nandhini menyifatkan usaha membuka kelas tarian klasik itu sebagai tanda cinta kepada seni warisan berkenaan.
"Bharatanetyam merupakan satu khazanah warisan kaum India, secara asasnya ia tidak jauh berbeza dengan seni persembahan Makyong cuma ia lebih bersifat teknikal dengan menekankan tiga unsur utama iaitu nirta (langkah tarian), nertia (ekspresi wajah) dan niritum (pengadunan dua elemen).
"Ia lebih menonjolkan seni tarian klasik India melalui alunan muzik mendayu-dayu dibantu susunan plot penceritaan teratur dan kemas yang dilakonkan oleh beberapa watak dengan karakter masing-masing di atas pentas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas selesai mengadakan persembahan di hadapan Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S Tirumurti di Menara Sentral Vista, di sini, Isnin malam.
Tambahnya, setakat ini kelas tarian yang diadakan sebanyak tiga hingga empat kali seminggu pada sebelah malam selepas selesai urusan pekerjaannya itu mendapat sambutan menggalakkan dengan hampir 10 orang anak muda daripada masyarakat India menyertainya.
Katanya kelas berkenaan bukan hanya melibatkan pembelajaran teknik pergerakan lenggok badan dan tangan, malah pelajar turut dibawa mendalami asal usul tarian terbabit menggunakan satu buku khas mengandungi kod, etika tarian, rujukan teks penceritaan serta pelbagai lagi maklumat.
"Untuk memastikan ia lebih mudah diterima generasi masa kini, saya menerapkan elemen kontemporari atau pembaharuan dalam persembahan dengan mewujudkan identiti tersendiri digelar Rasamanjari melalui sokongan irama moden dan variasi dalam tarian tanpa mengenepikan elemen asas.
"Saya berharap keindahan tarian ini akan terus diwarisi, seterusnya diamalkan oleh lebih ramai pihak bukan sahaja masyarakat India kerana ia juga merupakan satu terapi dan senaman yang baik untuk kesihatan badan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hema nandhini
#peguam menari
#tarian klasik India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan