ANAK pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha mengesahkan ayahnya sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung dan dilaporkan tenat.
Menurut anaknya, yang dikenali sebagai Syamira, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya kritikal, lapor BH Online.
Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital.
Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu.
Netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.
“Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada.
Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. “Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya,” katanya dalam status itu.
Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.
Gempak
Fri Jan 15 2016

Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

Azmil Mustapha sudah tiada
Allahyarham berusia 65 tahun mula dikenali menerusi filem box office Mekanik pada 1983.

Selamat tinggal, Taufik...
Betapa besarnya kehilangan seorang pelakon ikonik era 80-an, Azmil Mustapha buat gandingan emasnya, Fauziah Ahmad Daud.

Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

'Azmil Mustapha tetap ke surau biarpun belum pulih sepenuhnya' - Adik
Azmil tetap bersemangat tunai solat Subuh di surau biarpun masih belum sihat sepenuhnya.

Azmil Mustapha boleh bernafas sendiri - Adik
Pelakon era 80-an Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat bantu pernafasan.

Pelakon Azmil Mustapha kini dalam keadaan stabil - Adik
Pelakon era 80-an, Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem "Ali Setan" berada dalam keadaan stabil walaupun tidak sedarkan diri di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya.

Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha tenat di hospital - Laporan
Anak pelakon era 80-an, Azmil Mustapha mengesahkan ayahnya sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung dan dilaporkan tenat.

#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.

#AliSetan30tahun: 'Saya nyaris tidak bawa watak Asmidar kerana Azura' - Ogy
Pemegang watak utama dalam Ali Setan, Ogy Ahmad Daud berkongsi cerita bahawa dirinya hampir tidak membawa peranan Asmidar kerana filem Azura.

#AliSetan30tahun: 'Babak katak','Tipah Tertipu' antara yang paling diingati
Walaupun sudah 30 tahun ia ditayangkan, ramai yang masih mengingati babak-babak dan dialog mencuit hati dari filem Ali Setan.