HIBURAN
Pelakon cilik Mikael Noah bakal lebar sayap di Taiwan

Pelakon cilik, Mikael Noah terpilih membintangi drama popular Taiwan berjudul Mad Doctor 2. - Gempak
PELAKON cilik, Mikael Noah, 9, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila terpilih membintangi drama popular Taiwan berjudul Mad Doctor 2.
Ringkasan AI
- Mikael Noah terpilih berlakon dalam drama Taiwan berjudul Mad Doctor 2 selepas berjaya dalam sesi uji bakat, memegang watak sebagai Shumia.
- Penggambaran akan berlangsung di Taiwan selama seminggu bermula 5 Oktober, dan ibunya, Salzelin, memohon doa agar urusan dipermudahkan.
- Selain projek antarabangsa ini, Mikael juga bakal muncul dalam siri tempatan Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup bersama pelakon seperti Diana Daniel, Aliff Star dan Elly Mazlien.
“Doakan Mikael dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik..doakan juga Mikael dapat peluang berlakon dengan negara jiran yang lain pulak ok,” tulisnya.
Ketika dihubungi Gempak, Salzelin memberitahu mereka akan berangkat ke Taiwan pada 5 Oktober nanti.
"Kami akan bergerak ke Taiwan 5 oktober nanti, Mikael akan terlibat shooting selama seminggu di sana
"Doakan semua urusan dipermudahkan," kata Salzelin kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Mikael juga bakal hadir dengan lakonan terbaharunya menerusi siri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup.
Selain Mikael, siri itu turut dibintangi oleh, Diana Daniel, Aliff Star dan Elly Mazlien. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami