SALAH seorang watak penting dalam filem fenomena Indonesia, Laskar Pelangi ditangkap polis bersama dua yang lainnya kerana disyaki melakukan penipuan secara atas talian.
Pelakon yang membawa watak Ikal, Zulfani Pasha didakwa telah melakukan penipuan menerusi MiChat. Dia menggunakan isterinya, Putri Amelia untuk memerangkap lelaki melakukan seks atau melacur.
Namun perbuatan mereka terbongkar selepas lelaki yang bersetuju menjadi pelanggan isterinya, Rocky melaporkan perbuatan pasangan tersebut kepada pihak polis.
Mengikut kronologi kes, Zulfani meminta isterinya melakukan sesi tawar menawar dengan lelaki yang mahu menggunakan khidmat seksnya sehingga Rocky bersetuju untuk melanggan Putri dengan harga RM151.
Bagaimanapun Zulfani sebenarnya tidak berniat untuk melacurkan isterinya, tetapi menggunakan taktik itu semata-mata untuk mendapatkan wang.
“Saya bersalah. Saya memang tidak berniat buat jenayah tapi terdesak kerana dipicu masalah ekonomi,” kata Zulfani saat ditemui media di Polres Belitung Timur lapor CNNIndonesia.
Dalam pengakuannya, Zulfani sekerasnya membantah menjual Putri untuk tujuan melacur.
"Tidak, kalau menjual isteri saya tegaskan tidak benar itu,” kata bekas pelajar dari Institut Kesenian Jakarta ini.
Zulfani juga mengaku terdesak melakukan penipuan kerana dihimpit masalah ekonomi dan dia hanya mahu membeli buah tangan untuk keluarga isterinya di Belitung Timur.
“Mereka mencari duit untuk beli buah tangan dan diberikan kepada keluarga Putri. Oleh kerana tidak ada duit, maka mereka melakukan rencana kejahatan ini,” jelas pihak berkuasa pula.
Natijahnya, Zulfani Pasha dan Putri Amelia, serta rakan mereka yang bernama Andi berdepan hukuman maksima empat tahun penjara. -- Gempak
Gempak
Wed May 03 2023
Zulfani juga mengaku terdesak melakukan penipuan kerana dihimpit masalah ekonomi dan dia hanya mahu membeli buah tangan untuk keluarga isterinya di Belitung Timur. - Gempak
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guandong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang.
Columbia umum putus hubungan diplomatik dengan Israel
Presiden Columbia, Gustavo Petro mengumumkan kerajaannya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berkuatkuasa Khamis. Ia susulan kezaliman berterusan rejim Zionis ke atas warga Gaza.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
Pelakon Laskar Pelangi dicekup, menipu tawar isteri lakukan seks
Zulfani Pasha didakwa telah melakukan penipuan menerusi MiChat. Dia menggunakan isterinya, Putri Amelia untuk memerangkap lelaki melakukan seks atau melacur.