awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon popular India ditahan seludup emas lebih RM6 juta

Gempak
Gempak
08/03/2025
10:00 MYT
Pelakon popular India ditahan seludup emas lebih RM6 juta
Penyeludupan itu terbongkar selepas melihat aktiviti Rao yang terlalu kerap melakukan perjalanan ke Dubai iaitu sebanyak 30 kali pada 2024. - Gempak
AKTRES India, Ranya Rao, ditahan kerana disyaki menyeludup 14.8 kilogram emas bernilai 125 juta rupee (RM6.3 juta) di dalam pakaian yang diubah suai semasa penerbangan pulang dari Dubai ke India.
Memetik laporan Business Standard, penangkapan Rao berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru pada Ahad lalu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, penyeludupan itu terbongkar selepas melihat aktiviti Rao yang terlalu kerap melakukan perjalanan ke Dubai iaitu sebanyak 30 kali pada 2024.
Malah, dia turut pergi ke Dubai sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 hari dalam tahun ini.
“Setiap perjalanan ke Dubai, suspek dipercayai menyeludup beberapa kilogram emas ke India dan memperoleh bayaran antara 1.2 juta rupee (RM60,970) hingga 1.3 juta rupee (RM66,061).
“Selain jaket, Rao turut menggunakan tali pinggang direka khas untuk membolehkannya menyeludup emas tanpa dikesan.
“Kami mengesyaki Rao dibantu oleh polis tempatan,” kata polis.
“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada Rao bertindak sendirian atau merupakan sebahagian daripada sindiket penyeludupan emas yang lebih besar,” tambahnya.
Rao kini ditahan di Penjara Pusat Parappana Agrahara.
Kejadian ini mengejutkan orang ramai kerana dia bukan saja seorang selebriti, malah anak tiri kepada pegawai kanan polis. - Gempak
Topic Berkaitan
#aktres popular India
#Ranya Rao
#seludup emas
#pakaian diubah suai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan