HASRAT pelakon Sari Yanti serta suaminya pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila bayi yang dikandung Sari keguguran.

Berita keguguran kandungan berusia tiga bulan itu dikongsi Jep di laman Instagramnya pada Isnin.

Pasangan berkenaan mendapat khabar duka itu ketika Sari menjalani pemerikaan di hospital.

"Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.

"Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya," kata Jep berkongsi berita.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 25 Februari 2017 sebelum ini dikurniakan seorang cahaya perempuan, Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.