Skip to main content

Hiburan

Pelakon veteran Tamam Idris meninggal dunia

61467945226_TamamIdris.jpg
Pelakon veteran, Pak Tamam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), akibat komplikasi paru-paru.

Pak Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris, 77, meninggal dunia kira-kira pukul 11.55 malam Khamis.

Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke PPUKM pada 22 Jun lalu dan pada Rabu lalu, dilaporkan keadaannya semakin kritikal.

Sepanjang hayatnya Allahyarham aktif dalam drama-drama tempatan antaranya menerusi drama yang diadaptasi dari novel 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'.

Allahyarham merupakan bapa mertua kepada pelakon Den Wahab.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebelum solat Jumaat.



Advertisement

Must Watch Video