KUALA LUMPUR: Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan.
Malaysia Airports berkata, Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) sudah dikeluarkan berhubung penutupan sementara itu.
“Landasan akan dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan dan kerja pembersihan selesai dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook, hari ini.
Menurut Malaysia Airports, penumpang dinasihatkan supaya menyemak status serta perkembangan terkini penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.