KUALA LUMPUR: Pelanggan Astro kini boleh menstrim Netflix menggunakan peranti Astro dan menikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek langganan yang diperkenalkan melalui ‘Pengalaman Baharu Astro’.
Inisiatif terbaharu ini membolehkan pelanggan menstrim semua program kegemaran mereka menerusia Ultra Box dan selepas ini, mereka boleh melakukannya dengan Ulti Box juga.
Astro dalam satu kenyataan di sini berkata, pek terbaharu ini direka khas untuk pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain.
Menurut kenyataan itu lagi, menerusi satu platform utama iaitu Astro, pelanggan boleh menikmati program penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta acara sukan berprestij dunia.
“Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.
“Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.
“Pengalaman Baharu Terhebat Astro' ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif dan semuanya ini dalam satu bil sahaja,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, Astro sentiasa peka dan mendengar kehendak pelanggan dan memperkemaskan segala perkhidmatan dari semasa ke semasa.
“Ini adalah khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.
“Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan,” katanya.
Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski pula menyatakan pihaknya gembira dapat berkolaborasi dengan Astro melalui pek terbaharu itu.
“Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana.
“Di Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan kami.
“Oleh yang demikian, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggan pek sedia ada namun beliau menjangka ramai akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek terbaharu.
"Ini bagi membolehkan mereka strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing.
Pek-pek baharu kami ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan.
"Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama 3 bulan," katanya.
Astro Awani
Tue Nov 09 2021
Menerusi satu platform utama iaitu Astro, pelanggan boleh menikmati program penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere serta acara sukan berprestij dunia. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.