awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain 'drum' terkenal Lewis Pragasam meninggal dunia kerana serangan jantung

Bernama
Bernama
18/12/2023
04:12 MYT
Pemain 'drum' terkenal Lewis Pragasam meninggal dunia kerana serangan jantung
Pragasam meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor, pada 3 pagi. - Foto FB Lewis Pragasam Official Fan Page
KUALA LUMPUR: Pemain 'drum' terkenal negara dan Asia Lewis Pragasam, meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi peminatnya, Pragasam, 66, meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor, pada 3 pagi.
Malam tadi, beliau membuat persembahan di Konsert Music of Christmas di gereja Good Shepherd Assembly di Petaling Jaya, bersama pemain muzik jaz yang lain termasuk Willie Rebanno dan David Yee.
Sabtu lepas, laman Facebook rasmi peminatnya memuat naik video Pragasam berinteraksi dengan peminat di Eco Drum Jam di Plaza Shah Alam.
Pragasam merupakan seorang pemuzik yang dihormati dari Asia dan telah menerima sanjungan tinggi antarabangsa sebagai pemain genderang terbaik Asia dan peneraju trend baharu dunia muzik.
Pengasas projek perintis Asiabeat pada tahun 1979 itu, telah membuat persembahan bersama ramai artis terkenal antarabangsa seperti Tony Levin, Billy Cobham dan Guru Karakkudi R. Mani, selain Royal Command Performance untuk Putera Wales, Putera Charles (Prince Trust Concert) di Edinburgh, Scotland pada tahun 1995.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lewis Pragasam
#meninggal dunia
#Pemain drum terkenal negara
#serangan jantung
#jazz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan