PEMAIN keyboard kumpulan Kembara, Md Shah Othman meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru tengah hari tadi.

Menurut menantunya, Nazrul Tahir, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan kanser kelenjar selepas disahkan menghidapnya sejak setahun yang lalu. 

Md Shah, 73, merupakan tulang belakang yang bersama Kembara sejak kumpulan itu merakamkan album pertama.

Pada 1994, Md Shah secara rasmi diperkenalkan sebagai anggota Kembara selepas kumpulan itu tampil dengan lima anggota dan menerbitkan album 1404 Hijrah.

Kali terakhir Allahyarham beraksi bersama Kembara ketika konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah di Dewan Plenarry, Kuala Lumpur Convention Centre pada 2022.

Selain bersama Kembara, Allahyarham juga merupakan pemain kibod kumpulan Ilusi yang popular dengan lagu, Segalanya Ku Terima.