Tanpa tajaan dan dana yang besar, malam gala teater Tanah Akhirku berlangsung dengan jayanya pada Selasa.
Berdepan pelbagai cabaran, semangat seluruh produksi memastikan pementasan itu terus berjalan seperti yang dirancang.
Ditunjangi oleh hampir keseluruhannya oleh barisan pelajar dan alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Tanah Akhirku hampir dibatalkan beberapa hari sebelum berlangsung.
"Kami berhadapan cabaran yang sangat besar dari segi kewangan dan menyebabkan kami hampir membuat keputusan untuk membatalkannya tiga hari sebelum ini. Tetapi, kami berbincang dan sepakat untuk meneruskannya kerana kecintaan kepada negara dan seni.
"Saya juga berterima kasih kepada Erma Fatima yang bukan sahaja memberikan kami kata-kata semangat tetapi juga membantu kami dari segi kewangan," kata penerbit Tanah Akhirku, Lim Mei Fen yang merupakan pelakon utama teater ini.
Difahamkan, Erma sepatutnya memegang salah satu watak utama dalam pementasan ini, namun menarik diri untuk memberi laluan kepada pelakon generasi baharu.
Bagi barisan pelakon, kepuasan mementaskan hasil karya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
"Sebagai pelakon senior, peranan kami adalah membantu adik-adik ini dari segi psikologi dengan memberikan mereka sokongan moral.
"Cabaran yang dilalui mereka ini sedikit sebanyak memberikan indikasi kepada mereka bahawa dunia seni itu adakalanya tidak seindah yang dibayangkan, tetapi jika kita kuat, hasilnya tentu manis," kata pelakon, Farah Ahmad.
Hadir memeriahkan malam gala adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Tiket pementasan teater arahan Naque Ariffin dan Aloeng Silalahi ini boleh didapati di airasiaredtix.com, dengan harga dari RM40 sehingga RM350.
Tanah Akhirku akan berlangsung di Istana Budaya sehingga 1 September ini, turut menampilkan pelakon seperti Aeril Zafril, Izzue Islam, Nina Nadira dan Angeline Tan.
Madiha Abdullah
Wed Aug 29 2018
Para pelakon dan pengarah 'Tanah Akhirku' dalam sidang media selepas malam gala pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pengguna Twitter mohon maaf fitnah Aeril Zafril, Wawa Zainal
Azrulfitri Azimi mengakui selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Aeril dan Wawa serta terkhilaf kerana tidak memeriksa tuduhan yang dilakukannya itu.
Pelakon Aeril Zafrel positif COVID-19
Kata Aeril, buat masa sekarang dia menjalani kuarantin kendiri di bilik atas kediamannya.
Pementasan malam gala 'Tanah Akhirku' hampir dibatal?
Semangat seluruh produksi memastikan pementasan itu terus berjalan seperti yang dirancang biarpun tanpa tajaan besar.
Teater Lela Manja: 'Saya bukan mahu jadi jahat' - Nabila Huda
Pemegang watak utama teater Lela Manja berkongsi pengalaman dalam menjayakan naskhah yang sebelum ini sinonim dengan nama-nama besar industri.
Aeril dan Wawa rahsiakan perkahwinan kerana status kontrak dengan MIG
Aeril Zafril dan Wawa Zainal menyatakan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana status kontrak dengan MIG.