awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026
Orang buruan warga Malaysia ditahan di lapangan terbang India, tunggu penyerahan kepada PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat G-Dragon dah tak sabar! Mula beratur luar stadium sehari sebelum konsert berlangsung

Gempak
Gempak
19/07/2025
05:40 MYT
Peminat G-Dragon dah tak sabar! Mula beratur luar stadium sehari sebelum konsert berlangsung
G-Dragon muncul di Malaysia untuk konsert Ubermensch 2025 World Tour di Axiata Arena Bukit Jalil, mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat. -Gempak
KEMUNCULAN bintang terkenal Korea Selatan, G-Dragon di Malaysia sempena konsert jelajah, ‘Ubermensch 2025 World Tour’ di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu dan Ahad membuatkan peminatnya teruja.

Ringkasan AI
  • G-Dragon muncul di Malaysia untuk konsert Ubermensch 2025 World Tour di Axiata Arena Bukit Jalil, mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.
  • Peminat mula beratur seawal Jumaat petang untuk mendapatkan tempat terbaik, terutama bagi pemegang tiket VVIP dan VIP Freestanding.
  • G-Dragon dijangka mempersembahkan lagu dari album terbaru serta hits ikonik seperti Crooked, Heartbreaker, dan Untitled, 2014.

Seperti diduga, fenomena luar biasa telah tercetus apabila ada peminat yang sudah mula beratur seawal pukul 4 petang pada Jumaat, walaupun pintu masuk konsert hanya dibuka pada 5 petang hari Sabtu.
Menerusi perkongsian yang tular di platform Threads, dilihat beberapa individu sudah pun berkampung di luar pekarangan stadium dengan membawa kerusi dan tikar sebagai alas untuk duduk di lantai.
“Wow Malaysian VIP/FAM sangat gila. MD Booth buka pukul 9 pagi Sabtu dan mereka sudah mula beratur sejak Jumaat, pukul 4 ke 5 petang? What?” tulis di Threads itu.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Difahamkan, kelompok peminat tersebut merupakan pembeli tiket kategori VVIP dan VIP Freestanding yang mana mereka mahu memilih tempat paling hampir dengan pentas.
Justeru, tidak hairan jika mereka sanggup bermalam di luar stadium demi mendapat posisi terbaik dan paling dekat dengan penyanyi idola mereka.
G‑Dragon dijangka akan menyampaikan lagu-lagu dari album terbaru Ubermensch, selain seleksi hits ikonik seperti Crooked, Heartbreaker, dan Untitled, 2014. -Gempak
Topic Berkaitan
#G-Dragon
#Ubermensch 2025 World Tour
#Axiata Arena Bukit Jalil
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan