awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat kritik video Arja Lee timang bola hanya memakai seluar dalam

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2016
10:13 MYT
Peminat kritik video Arja Lee timang bola hanya memakai seluar dalam
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook bagi mewakili Arja Lee dan keluarga, pelakon itu tidak memuat naik video berkenaan kerana peranti beliau dicuri semalam.
PELAKON Arja Lee dikecam selepas memuat naik video timang bola dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih. Menurut laporan Astro Gempak, video yang dimuat naik di akaun Instagram dilabelkan sebagai kurang sopan oleh pengikutnya di mana seluar dalam tersebut kelihatan agak ketat di bahagian tertentu. Kapsyen beliau turut menyebut nama pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo. “Cristiano Ronaldo play football at home #ArjaLee #Arjasplayfootball . Just for fun.” tulisnya.

Gambar: Astro Gempak

Sementara itu, laman Facebook rasmi milik Arja Lee menjelaskan keadaan sebenar. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik petang tadi, kenyataan yang ditulis oleh seorang admin bagi pihak Arja Lee dan keluarga berkata video berkenaan bukan dimuat naik oleh pelakon itu. "Orang yang tidak bertanggungjawab mungkin dengan sengaja mahu memalukan beliau kepada umum. "Telefon bimbit beliau dicuri semalam dan kami percaya akaun Instagram telah digodam dan memuat naik dua video berkenaan," kata kenyataan itu. Ia turut berkata video berkenaan bukan untuk tontonan dan perkongsian umum dan berharap orang ramai untuk tidak kongsi berkenaan.
Dear all,On behalf of Arja Lee and family, we would like to declare that the viral video of him playing football was...
Posted by Arja Lee on
Walaupun video berkenaan telah dipadam namun ia terus menjadi perbualan hangat di Twitter. Ada yang berkata peranti milik Arja Lee digodam, dan ada yang mendakwa pelakon itu melakukan perbuatan itu dengan sengaja.
Akibat handphone @arja_lee di curi mlm tadi, akaun social media telah digodam oleh org yg tak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat.
— Zulhilmie Zainal(@zulhilmiezainal) January 20, 2016
Aku pun sudah agak takkan arja lee sengaja menjatuhkan maruah sendiri dengan memuat naik video sedemikian rupa.. huhuhu.. tak logik!
— Syukri Agis (@Anonymous__XOXO) January 20, 2016
Contohnya arja lee. Kemain segak masuk video gitu macam xlogik kena hacked /p>— Zawin Najah (@zawinnajahh_) January 20, 2016
Omg arja lee. Like seriously?
— Hazriq Adam (@HazriqAdam20) January 19, 2016
Dgr kt radio tadi psl video Arja Lee. Hp dia hilang. Lps tu dia ckp org yg amk hp tu login ig dia then upload vid dlm hp tu. Kesahnyaaa /p>— joey (@jantankampung) January 20, 2016
Topic Berkaitan
#Arja Lee
#bola sepak
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan