KUALA LUMPUR: Walaupun baru pertama kali penyanyi dan komposer, Taylor Swift mengadakan konsertnya di ibu negara semalam, namun ia cukup memberi kenangan manis kepada 7,500 peminat yang hadir.

Swift, 24 tahun, berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya ‘The Red Tour’ yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

taylor
Rata-rata peminat mahukan agar Swift ke Malaysia lagi

Pemenang tujuh kali Anugerah Grammy ini mendapat tepukan paling gemuruh ketika menghiburkan peminat dengan lagu hitnya seperti Red, Mean dan 22.

Swift membawakan sebanyak 13 lagu kesemuanya malam itu.

Di media sosial, rata-rata peminat mahukan agar Swift ke Malaysia lagi kerana tidak puas dengan persembahan 90 minitnya semalam.

Paling banyak diperkatakan adalah apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu putus cinta ini cuba berbahasa melayu.











Sebelum itu, di media sosial turut memperkatakan mengenai Air Asia melakar wajah bintang remaja kesayangan ramai itu di pesawat mereka.

Air Asia merupakan antara penaja rasmi konsert Red Tour Swift di Malaysia yang turut menjadi pesawat peribadi Swift.






Konsert Swift semalam diiringi oleh enam pemuzik, penyanyi latar dan penari.

Swift dijangka akan mengadakan persembahan seterusnya di Singapura selepas menjelajah ke beberapa negara sekitar Asia Tenggara seperti Jepun, China, Indonesia, dan Filipina.

Konsert ini dibawakan oleh Cornetto dan penaja utama adalah AIA, serta penaja rasmi yang lain ialah Keds, Toyota, dan Hotlink.