ENTERTAINMENT
Peminat teruja TOP Bigbang muncul dalam treler 'Squid Game 2'

Kelibat TOP (kanan) dilihat jelas dalam satu babak membabitkan permainan "Lampu Merah, Lampu Hijau" yang didengungkan boneka ikonik Squid Game. -Gempak
PEMINAT siri Squid Game teruja selepas treler rasmi musim kedua siri ini disiarkan pada 1 November 2024.
Ringkasan AI
- Treler rasmi musim kedua Squid Game disiarkan pada 1 November 2024, menampilkan Lee Jung Jae kembali sebagai Seong Gi Hun.
- Rapper terkenal Choi Seung Hyun (TOP) dari Bigbang muncul dalam treler, mencuri perhatian peminat.
- Siri fenomena ini dijangka ditayangkan pada 26 Disember 2024.
Meski belum mengetahui secara jelas adakah kemunculan pemuzik dan penyanyi itu sebagai pemain baharu di Squid Game 2, namun peminat mengharapkan agar ia benar-benar menjadi kenyataan.
Dia adalah rapper terkenal Korea Selatan dan anggota Bigbang iaitu Choi Seung Hyun atau TOP.
Kelibat TOP dilihat dengan jelas dalam satu babak membabitkan permainan "Lampu Merah, Lampu Hijau" yang didengungkan boneka ikonik Squid Game.
TOP yang berambut ungu dilihat membuatkan wanita di hadapannya bergerak, lalu ditembak. Ironi pada waktu itu, semua peserta diarahkan tidak bergerak oleh Seong Gi Hun.
Setelah melihat kelibat TOP, ramai peminat berharap dia membawa watak villain atau antagonis.
Siri fenomena ini dijangka ditayangkan pada 26 Disember 2024. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami