awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangan Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza 'terjelepok'

Gempak
Gempak
14/12/2018
08:00 MYT
Penangan Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza 'terjelepok'
Menurut Rozi, selepas Aafiyah lahir, dia sering ditanyakan mengenai anak kecil itu berbanding penyanyi Anta Permana tersebut. - Foto IG Rozi Abdul Razak
SELEPAS penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan zuriat pertamanya, Siti Aafiyah Khalid tidak dinafikan tumpuan dan perhatian kini banyak diberikan kepada anak kecil itu.
Aafiyah bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, malah juga hampir semua peminat dan rakyat Malaysia yang tidak sabar mahu melihat kehadiran ‘Siti Nurhaiza Junior’.
Perubahan itu, turut dirasai oleh pengurus kepada Siti iaitu Rozi Abdul Razak.
Menurut Rozi, selepas Aafiyah lahir, dia sering ditanyakan mengenai anak kecil itu berbanding penyanyi Anta Permana tersebut.
“Aafiyah, dulu kalau orang yang kenal Mak Rozi, jumpa kat mana-mana, akan tanya, mana @ctdk (ibu Aafiyah) tapikan, sekarang ni, orang akan tanya, mana Aafiyah, Aafiyah sihat?.
“Itu penangan Aafiyah dah jatuhkan ranking ibu Aafiyah tau..hahahaha.
“Siapa pun kita, tak kisahkan Aafiyah, janji kita boleh jadi insan yang disenangi, dihormati kerana lisan yang baik, pekerti yang terpuji, menghormati, pandai menjaga diri serta membahagiakan ibubapa, juga menyumbangkan sesuatu yang baik kepada agama, bangsa dan negara. Pesanan khidmat masyarakat dari Mak Rozi yang sangat annoying ni,” tulisnya.
Rozi berkongsi pengalaman lucu itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Siti dan Datuk K menanti zuriat mereka selepas lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Anak perempuan
#Anta Permana
#Instagram
#keluarga
#Khalid Mohamad Jiwa
#Rozi Abdul Razak
#selebriti
#Siti Aafiyah
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan