awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah filem 'Police Story' Benny Chan meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2020
23:21 MYT
Pengarah filem 'Police Story' Benny Chan meninggal dunia
Benny Chan, 58, meninggal dunia akibat kanser. -Gambar fail
PENGARAH terkenal Hong Kong, Benny Chan, 58, meninggal dunia akibat kanser pada Ahad.
Mendiang pernah mengarahkan beberapa filem antaranya "New Police Story" (2004) dan "A Moment Of Romance" (1990).
Menurut laporan media tempatan, Benny mengaku tidak sihat tahun lepas ketika mengarahkan filem aksi "Raging Fire" lakonan Donnie Yen dan Nicholas Tse.
Benny didiagnos menghidap kanser nasofarinks tahap akhir ketika saringan dan tidak dapat mengambil bahagian dalam proses pasca-produksi filem itu.
Benny mula berkecimpung dalam bidang penyiaran selepas menyertai stesen televisyen TVB pada 1982.
Beliau kemudian menjadi pembantu kepada pengarah terkenal Johnnie To.
Benny mengorak langkah menjadi pengarah TV pada tahun 1985 dan menjadi pengarah bersama antaranya dalam filem "The Flying Fox Of Snowy Mountain" (1985) dan "The New Heaven Sword And The Dragon Sabre" (1986).
Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1990 melalui "A Moment Of Romance" lakonan Andy Lau dan Jacklyn Wu.
Benny pernah dicalonkan untuk Pengarah Terbaik sebanyak lima kali dalam Anugerah Filem Hong Kong untuk filem "Big Bullet" (1996), "Heroic Duo" (2003), "New Police Story, Connected" (2008) dan "The White Storm" (2013).
Antara selebriti Hong Kong yang mengucapkan takziah termasuk Louis Koo, Lau, Tse, Miriam Yeung, Stephen Fung, Charlene Choi dan Aaron Kwok.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak.
Topic Berkaitan
#A Moment Of Romance
#Andy Lau
#Benny Chan
#Donnie Yen
#Jacklyn Wu
#New Police Story
#Nicholas Tse
#TVB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan