BINTANG bola sepak antarabangsa, David Bekcham menjadi mangsa ugutan penggodam yang mendedahkan kandungan e-mel peribadi yang dihantar pada tahun 2013.

Menerusi laporan Daily Mail, Beckham didakwa menghantar e-mel kepada jurucakap merangkap pengurusnya, Simon Oliveria, untuk menyatakan rasa tidak puas hati.

Isi kandungan e-mel tersebut menyampaikan kecewa Beckham kerana gagal mendapatkan gelaran yang diberikan oleh Anugerah Diraja Britain (Order of the British Empire - OBE).

Kandungan e-mel itu juga menyindir penyanyi Katherine Jenkins yang berjaya mendapatkan gelaran terhormat yang diberikan oleh OBE.

Beckham mempertikaikan apa yang telah dicapai oleh Katherine sehingga dia boleh mendapatkan gelaran tersebut.

E-mel berkenaan telah didedahkan kepada umum menerusi beberapa portal sukan lain kerana pihak pengurusan Beckham gagal membayar wang tuntutan sebanyak sejuta pound (RM5.5 juta).

Ekoran pendedahan dan ugutan tersebut, pihak pengurusan Beckham bertindak pantas membuat laporan polis dan penyiasatan berhubung pendedahan tersebut masih lagi berjalan sehingga kini.