awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Twitter mohon maaf fitnah Aeril Zafril, Wawa Zainal

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2023
00:20 MYT
Pengguna Twitter mohon maaf fitnah Aeril Zafril, Wawa Zainal
Kenyataan pengguna Twitter, Azrulfitri Azimi yang mengemukakan permohonan maaf terhadap Aeril dan isteri pada Khamis. -Foto Sinar Harian
SEORANG pengguna Twitter pada Khamis meminta maaf kepada pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang menuduh mereka berdua mendapat bayaran daripada Perikatan Nasional (PN) bagi mempromosikan parti tersebut di TikTok.
Pengguna Twitter, Azrulfitri Azimi mengakui selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Aeril dan Wawa serta terkhilaf kerana tidak memeriksa tuduhan yang dilakukannya itu.
"Sememangnya, selama ini saya telah bersangka buruk yang Encik Aeril dan isteri telah mendapat bayaran, dan banyak ura-ura di media sosial juga menyatakan ramai pempengaruh telah mendapat bayaran daripada PN untuk tujuan promosi.
"Sesungguhnya, khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Twitter miliknya @azrulazimi pada Khamis.
Permohonan maaf terbuka kepada @aerilzafrel dan isteri. Yang benar, Azrulfitri Azimi 2 Feb 2023 https://t.co/H21RBeE7wh pic.twitter.com/2JZbeRKJXN
— azrulfitri (@azrulazimi) February 2, 2023
Aeril sebelum itu menerusi ciapannya menafikan fitnah yang dibuat bahawa pihaknya menerima bayaran daripada PN.
"Fitnah ini... banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan..demi Allah satu sen pun aku tak ambil," ciapnya sambil meminta Azrulfitri memohon maaf dan memadam ciapan yang dibuat.
Azrulfitri turut memaklumkan bahawa dia telah memadam ciapan yang dibuat pada Rabu.
"Sekali lagi, saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata dan kekhilafan saya. Saya harap saudara Aeril dan isteri sudi sudi memaafkan saya.
"Saya doakan saudara Aeril dan isteri bahagia selalu, sentiasa dilimpahkan rezeki dan berada di bawah lindungannya," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aeril Zafril
#Wawa Zainal
#Azrulfitri Azimi
#pengguna twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan