Misi pencarian Dewi Remaja kini diteruskan lagi.

Seramai 600 orang yang hadir ke ujibakat namun hanya 12 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam pertandingan tersebut.

Apa yang menarik tahun ini, Dewi Remaja akan turut menguji pengetahuan am para peserta di samping cabaran-cabaran lain.

Para peserta juga akan dikuarintinkan selama program berlangsung namun masih diberi peluang untuk mengetahui perkembangan semasa melalui media sosial.


Tahun ini Dewi Remaja turut menampilkan Amelia Henderson sebagai pengacara menggantikan tempat pelakon dan pengacara, Scha Alyahya.

Scha bagaimanapun dilantik menjadi juri tetap bersama dengan pengarah filem, Yusry Abd Halim.

Dewi Remaja 2019 akan mula ditayangkan sebanyak lapan episode bermula 26 Oktober 2019 jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.