awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Skuad wanita negara dominasi separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia
DUNIA
Ketua Hezbollah nyatakan sokongan terhadap Iran
DUNIA
Trump beri masa dua minggu lagi sebelum buat keputusan serang Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Penyanyi dangdut Zaleha Hamid meninggal dunia

Asyraf Malik
Asyraf Malik
19/06/2025
14:33 MYT
Penyanyi dangdut Zaleha Hamid meninggal dunia
Difahamkan Zaleha meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sudah seminggu menerima rawatan di hospital.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut popular 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, jam 8 malam pada Khamis.
Pemergian Zaleha disahkan bintang veteran, Datuk DJ Dave yang menerima khabar duka itu daripada suami Allahyarham, Ungku Sulaiman Ungku Aziz.
Difahamkan Zaleha meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sudah seminggu menerima rawatan di hospital.
"Kali terakhir saya ziarah Allahyarham sekitar tiga hingga empat tahun lepas di Johor, Zaleha sudah terlantar di katil akibat masalah buah pinggang dan beberapa penyakit lain.
"Saya dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berikan bantuan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada Allahyarham selama empat tahun," ujar Datuk DJ Dave bercakap kepada Astro AWANI.
Zaleha yang bersuara emas ini pernah mewarnai dunia hiburan selatan tanah air dan Singapura seawal era 1970-an. Dengan gelaran Ratu Dangdut, beliau dikenali menerusi karya hit seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman dan Jangan Segan-Segan.
Tambah Datuk DJ Dave, Allahyarham adalah seorang yang ceria dan mempunyai ramai sahabat handai.
"Zaleha dulu saya ingat sangat pandai menari, kami pun pernah berkongsi pentas sama.
"Allahyarham peramah dan baik orangnya serta menghormati antara satu sama lain terutama yang lebih dewasa.
"Zaleha ini juga pandai bergaul dan sebab itu dia ramai kawan termasuk daripada seluruh Johor," imbas Datuk DJ Dave.
Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kassim Nor Sungai Danga, Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#penyanyi dangdut
#Zaleha Hamid
#artis meninggal dunia
#selebriti
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami