awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Virgoun dakwa kembali ambil syabu untuk kurus

Gempak
Gempak
25/06/2024
10:15 MYT
Penyanyi Virgoun dakwa kembali ambil syabu untuk kurus
Pihak berkuasa juga mendedahkan Virgoun mengaku pernah mengambil dadah pada tahun 2012 namun sempat berhenti.- Gempak
PENYANYI Virgoun yang ditangkap kerana dadah akhirnya memberikan alasan di sebalik perbuatan buruknya itu.
Kepada pihak berkuasa tempatan, bekas suami Inara Rusli itu mengatakan mengambil dadah untuk menurunkan berat badannya atau kurus.
“Virgoun mengambil dadah jenis syabu untuk menurunkan berat badan,” dedah wakil polis Jakarta Barat kepada media Indonesia.
Ironi, penampilan Virgoun memang nampak lebih kurus selepas bercerai.
Pihak berkuasa juga mendedahkan Virgoun mengaku pernah mengambil dadah pada tahun 2012 namun sempat berhenti.
Dia bagaimanapun kembali mengambil dadah sejak awal tahun ini.
Sewaktu tangkapan berlaku di sebuah bilik apartment baru-baru ini, Virgoun tidak bersendirian.
Dia sebaliknya ditangkap bersama seorang wanita yang identiti sempat menjadi tanda tanya.
Pihak berkuasa tempatan kemudian mendedahkan identiti wanita tersebut bukan kekasih atau skandal baharu penyanyi tersebut.
Sebaliknya wanita itu adalah pembantu Virgoun.
“Kalau wanita itu adalah pembantu Virgoun. Dia pula ambil dadah untuk memberi tenaga kekal cergas bekerja,” katanya.
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla itu ditangkap bersama barang bukti iaitu syabu dan alat menghisap dadah tersebut. Dia diketahui membeli dadah dengan harga RM260 untuk satu gram.
Selepas ditangkap, Virgoun sempat meminta maaf kepada ibunya dengan mengatakan dirinya nakal. Dia juga meminta maaf kepada anak dan semua pihak yang mengenali dirinya.
“Maaf ibu, saya nakal,” katanya ringkas.
“Saya juga minta maaf kepada semua, semoga ini yang pertama dan terakhir,” katanya lagi.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#penyanyi Virgoun
#ambil dadah
#Syabu
#untuk kurus
#Surat Cinta Untuk Starla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan