ENTERTAINMENT
Peragawati era 90-an meninggal dunia akibat barah
Peragawati terkenal lewat 90-an, Heidi Hamid, 40, dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit barah.
Beliau yang menetap di Denmark dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana hari Khamis.
Beberapa rakan dan personaliti yang mengenalinya turut merakamkan ucapan takziah di laman sosial Twitter.
Rest in Peace , Heidi Hamid. You were one of the most beautiful faces I remember.— Dona Ahmad (@twtupdona) October 31, 2013
"Sepanjang mengenali Heidi, dia seorang yang baik hati dan tidak banyak bercakap.
"Kami kenal ketika sama-sama membuat peragaan untuk Avon dulu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Heidi atau nama sebenarnya Heidi Sode Hamid pernah menjadi jurucakap pusat perlangsingan Mayfair Bodyline.
Beliau juga pernah memenangi gelaran Miss Malaysia Wonderland pada tahun 1990.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami