awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pergi berubat ingat kena buatan orang, rupanya..' - Mamat Khalid dikomakan 21 hari

Gempak
Gempak
14/02/2020
12:00 MYT
'Pergi berubat ingat kena buatan orang, rupanya..' - Mamat Khalid dikomakan 21 hari
Filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul Rock 4: Rockers Never Dai akan ditayangkan pada 20 Februari ini. - Gempak
Pengarah Mamat Khalid bersyukur kerana keadaan kesihatannya kini semakin baik.
Menurut Mamat, sebelum ini pernah mendapatkan rawatan tradisonal kerana menyangka terkena buatan orang.
“Mula-mula rasa susah nak bernafas dan waktu itu saya tertanya-tanya mengapa jadi begini. Pernah juga terfikir yang saya terkena buatan orang itu yang saya cuba beruba cara tradisional.
“Tapi bila tak surut dan sakit semakin teruk saya pun ke hospital dan doktor sahkan saya menghidap pneumonia. Waktu itu paru-paru sudah dipenuhi air.
“Doktor juga membuat keputusan untuk menidurkan saya selama 21 hari akibat masalah tersebut. Kalau tak silap, jangka masa paling minimum untuk dikomakan pada manusia hanya selama 15 hari.
“Saya juga perlu melakukan dialisis sebanyak 13 kali sedangkan orang lain tidak sebanyak itu,” jelasnya kepada Gempak.
Terdahulu, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid pernah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat lebihan air dalam badan hujung Januari tahun lalu.
Kemudian Mamat sekali lagi dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas Oktober lalu.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul Rock 4: Rockers Never Dai akan ditayangkan pada 20 Februari ini.
Filem terbitan Primeworks Studios ini menampilkan pelakon Hazama, Bulan Terry, Sharwani NS, Adam John dan Nazimi Fahmi.
Selain itu, Rock 4: Rockers Never Dai turut menampilkan Datuk Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim dan Kamarool Yusof sebagai bintang undangan.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#Mamat Khalid
#pengarah filem
#pneumonia
#rock 4 rockers never dai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan