PUTRAJAYA: Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda sebelum menggajikan pelakon dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kajian mengenai penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama di Semenanjung Malaysia juga mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda, dan 47.1 peratus tidak pasti berkenaan dengan permohonan lesen itu.
"Maklumat asas penggajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tiga kumpulan umur tertinggi bagi penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda bagi filem atau drama di Semenanjung Malaysia adalah yang umur antara 15 dan 17 tahun 11 bulan yang merangkumi 32.7 peratus; diikuti dengan kumpulan umur 13 tahun 11 bulan hingga 14 tahun 11 bulan (32.4 peratus); dan lima tahun 11 bulan hingga 12 tahun 11 bulan (24.7 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia serta Buku Laporan Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam, di sini hari ini.
Menurut Mohd Uzir sebanyak 361 syarikat yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama telah menjawab soalan-soalan dalam soal selidik yang dijalankan dari 8 Feb hingga 31 Dis lepas itu, dan ia merupakan penyelidikan berorientasikan dasar, yang bertujuan membantu pembuat dasar serta pemegang taruh yang terlibat.
Mohd Uzir berkata bagi mengatasi isu mengenai keperluan mendapatkan lesen hiburan awam sebelum menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda, 63.4 peratus syarikat bersetuju bahawa aktiviti pendidikan perburuhan perlu ditingkatkan dalam memastikan pihak-pihak yang terlibat mempunyai kesedaran serta pengetahuan untuk mematuhi undang-undang perburuhan yang berkaitan.
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] mentakrifkan kanak-kanak adalah mereka yang berusia di bawah 15 tahun manakala kelompok orang muda adalah mereka yang berusia 15 tahun ke atas tetapi belum mencapai 18 tahun.
Di bawah akta itu, kanak-kanak antaranya dibenarkan terlibat dalam pekerjaan seperti kerja ringan bersesuaian dengan keupayaan dalam perusahaan keluarganya; dan hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan).
Di bawah Akta 350 juga menyatakan tempoh masa bekerja dalam hiburan awam ditetapkan dalam Lesen Hiburan Awam yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 7.
"Dapatan juga menunjukkan bahawa 72.6 peratus syarikat tidak memberikan penyata bayaran gaji atau upah kepada pelakon kanak-kanak dan orang muda yang digajikan," katanya dan menambah 77.3 peratus syarikat menyatakan pembayaran dibuat adalah mengikut jumlah episod atau babak yang dilakonkan, atau rakaman alih suara," katanya.
Mohd Uzir berkata dapatan juga menunjukkan bahawa 97.8 peratus syarikat tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 59.3 peratus syarikat tidak merancang untuk melakukan caruman terhadap pelakon kanak-kanak dan orang muda pada masa hadapan.
Beliau berkata lima sebab utama syarikat tidak mencarum walaupun sedar mengenai keperluan itu adalah kerana mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian didebabkan umur pelakon yang masih muda.
Katanya alasan lain yang diberikan ialah syarikat tidak dimaklumkan mengenai keperluan untuk mencarum dengan KWSP; pelakon kanak-kanak dan orang muda itu merupakan pelakon sementara dan tidak tetap; serta kekangan kewangan syarikat.
Beliau berkata dapatan kajian juga mendapati waktu penggambaran dan rakaman oleh syarikat produksi menunjukkan 59 peratus melakukan penggambaran tidak menentu atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Mohd Uzir berkata hasil kajian juga telah mencadangkan enam tumpuan strategik yang meliputi 20 inisiatif dan 20 pelan tindakan khusus kepada pihak yang terlibat dalam penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Kajian mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda. - Gambar hiasan
Tiga maut dalam nahas jalan raya di Jerantut
Dua beranak antara tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM18 Jalan Jerantut-Maran petang tadi.
Tumpuan Ahad – 09 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Monumen Christ pakai Hanbok
Untuk julung kalinya, monumen Christ the Redeemer memakai pakai tradisional negara Korea iaitu Hanbok.
Angkasawan Apollo 8, William Anders maut nahas pesawat
Bekas angkasawan Amerika Syarikat (AS) William Anders, yang merupakan sebahagian daripada misi Apollo 8 yang menyaksikan anak kapal pertama mengorbit bulan pada 1968, maut dalam nahas pesawat di barat laut Seattle.
Ujian penghantaran guna dron di Gunung Everest berjaya
Percubaan penerbangan dron bagi menyalurkan bantuan di Gunung Everest, yang menjadi percubaan pertama dan bersejarah di dunia, disahkan berjaya. Pencapaian penting itu dilakar menerusi dron ciptaan syarikat teknologi dari China, DJI dengan kerjasama syarikat perkhidmatan dron Nepal Airlift serta malim gunung bertauliah.
Banjir, tanah runtuh jejas beberapa wilayah China
Hujan lebat yang berterusan membawa kepada banjir sehingga berlaku beberapa siri kejadian tanah runtuh di wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, termasuk beberapa kawasan lain dengan keadaan geografi yang mencabar. Kesannya? bencana yang berlaku dalam tempoh beberapa hari itu juga turut menyebabkan jalan perhubungan penduduk terpisah menyebabkan mereka terperangkap.
D8 sokong Palestin, gesa solidariti
Mesyuarat Menteri-menteri kumpulan lapan negara membangun (D8) sebulat suara menyokong Palestin dengan menyifatkan bahawa perang di Gaza itu telah menjadi sebuah 'cabaran kepada demokrasi global.'
Israel dakwa selamat empat tebusan di dua lokasi
Sekurang-kurangnya tiga buah helikopter dapat dilihat berlegar di ruang udara Gaza pada Sabtu, yang dipercayai dari Israel susulan operasi rejim zionis itu untuk membawa pulang tebusan warganya yang ditahan Hamas.Reuters melaporkan, tentera Israel mendakwa bahawa mereka telah menyelamatkan empat tebusan dari dua lokasi di tengah Gaza serta kawasan yang menempatkan kem perlindungan al-Nuseirat yang baharu sahaja diserang baru-baru ini.
Penggunaan teknologi AI, biometrik untuk urus 3.5 juta jemaah haji
Para pengamal media yang membuat liputan ibadah Haji di Arab Saudi kali ini bakal dihidangkan dengan penggunaan aplikasi teknologi maju, termasuk biometrik dan kecerdasan buatan yang digunakan Kerajaan, untuk menguruskan lebih 3.5 juta Jemaah Haji.
Fasilitator Kementerian Media Arab Saudi, Datuk Izelan Bashar berkata, dalam lawatan khas selama dua minggu itu, pengamal media termasuk dari Malaysia akan diberi taklimat tentang pengurusan dan teknologi di belakang tabir, bagi memastikan ia lebih lancar.
Fasilitator Kementerian Media Arab Saudi, Datuk Izelan Bashar berkata, dalam lawatan khas selama dua minggu itu, pengamal media termasuk dari Malaysia akan diberi taklimat tentang pengurusan dan teknologi di belakang tabir, bagi memastikan ia lebih lancar.
Jenazah wartawan hiburan popular Huzz selamat dikebumikan
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan malam ini.
Perlu lesen gajikan pelakon kanak-kanak, lebih 73 peratus syarikat tidak tahu - DOSM
Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda.
Dari selekeh ke segak, Macaulay Culkin kembali tawan perhatian dunia seni
Macaulay Culkin yang sebelum ini kelihatan selekeh, kurus dan tidak terurus kini mengejutkan ramai dengan penampilan barunya.
Hampir putus asa, Mia Sara menangis teringat jual tudung bawah khemah
Pelakon kanak-kanak, Mia Sara mengalirkan air mata ketika berkongsi kisah mengenai jualan tudungnya sewaktu mula berjinak dalam bidang perniagaan.