awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hampir 3,000 kebakaran terbuka dilaporkan sejak awal tahun - Bomba
Jumlah perdagangan Malaysia diunjur tumbuh tiga hingga lima peratus pada 2026
Pan Gon optimis Selangor terus cemerlang dalam saingan Piala Shopee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Dana STAR dibuka, perkukuh peranan artis veteran dalam kandungan kreatif tempatan

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
28/08/2025
03:50 MYT
Permohonan Dana STAR dibuka, perkukuh peranan artis veteran dalam kandungan kreatif tempatan
Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempelawa syarikat penerbitan tempatan memohon Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) yang diwujudkan bagi memperkasa kandungan kreatif tempatan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempelawa syarikat penerbitan tempatan memohon Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) yang diwujudkan bagi memperkasa kandungan kreatif tempatan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, FINAS memaklumkan, dana berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta stesen penyiar swasta sebagai langkah strategik meningkatkan kadar tontonan dan merangsang pertumbuhan ekonomi industri kandungan kreatif melalui kolaborasi bersama penyiar tempatan.
Menurut FINAS, Dana STAR dibuka khusus untuk penerbitan supertelefilem berkualiti tinggi, dengan syarat sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga kerja penerbitan terdiri daripada artis veteran.
“Inisiatif ini bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan artis veteran sekali gus memastikan kelangsungan kerjaya mereka dalam industri,” menurut kenyataan itu.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang www.finas.gov.my atau portal Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif Negara di http://sppik.finas.my, tertakluk kepada Garis Panduan dan Peraturan Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang berkuat kuasa.
Tempoh permohonan dibuka mulai Jumaat (29 Ogos) hingga 7 September depan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Produksi FINAS melalui e-mel [email protected]
Topic Berkaitan
#Dana STAR
#FINAS
#kandungan kreatif tempatan
#artis veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan