KUALA LUMPUR: Pemuzik dari India, Raghavendra Raja Rao, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Sean Roldan, kini di Malaysia untuk persembahan solonya pada 12 Mei ini di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sean yang mula meningkat popular pada 2014 susulan kejayaan lagu latar ciptaannya dari filem "Vaayai Moodi Pesavum," akan mengadakan persembahan bersama kumpulan pemuzik dari India dan Orkestra Simfoni Kebangsaan.
"Ini adalah konsert solo berskala besar pertama buat saya. Sebelum ini saya di sini untuk suatu persembahan kecil pada 2018 dan saya tidak sabar untuk bertemu peminat dari Malaysia," katanya kepada Bernama, di sini, semalam.
Selain lagu dari filem, Sean berkata beliau juga akan mengalunkan lagu-lagu lain gubahannya.
Ditanya mengenai kolaborasinya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, beliau berkata: "Sesi latihan (bersama mereka) adalah suatu pengalaman yang mengujakan, tak sabar untuk membuat persembahan bersama Datuk Mus Quartet," katanya.
Komposer muzik yang juga penyanyi itu merupakan antara sebilangan kecil ahli muzik klasikal India yang telah bereksperimen dengan muzik di luar kepakaran mereka.
Artis lain yang akan turut membuat persembahan pada konsert anjuran Aakaar Foundation (Aakaar) itu ialah Vaikom Vijayalakshmi, Kalyani Nair, Sathyaprakash, Nithyasree, Manoj Krishna dan Adithya RK.
"Ini adalah kolaborasi kedua Aakaar bersama seorang artis India selepas kejayaan persembahan Pradeep Kumar pada 2022 di Kuala Lumpur dan 2023 di Pulau Pinang.
"Kami harap konsert ini bakal menjadi pengalaman unik kepada penonton konsert Malaysia," kata salah seorang pengasas Aakaar, S Vinoth Kumar.
Katanya, Aakaar, yang kini merancang beberapa projek melibatkan artis tempatan dan antarabangsa, turut melaksanakan usaha ke arah kelestarian dengan mengurangkan penggunaan plastik ketika konsert.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Sean merupakan antara sebilangan kecil ahli muzik klasikal India yang bereksperimen dengan muzik di luar kepakaran mereka. - Foto Instagram Sean Roldan
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Persembahan solo Sean Roldan di M'sia 12 Mei ini
Sean akan mengadakan persembahan bersama kumpulan pemuzik dari India dan Orkestra Simfoni Kebangsaan.