awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali beraya tanpa emak, Amy Search rindu memori lebaran

Gempak
Gempak
10/04/2022
07:20 MYT
Pertama kali beraya tanpa emak, Amy Search rindu memori lebaran
Tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyambut bulan Ramadan tanpa kehadiran syurga dunia dan akhiratnya itu.
REDUP hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta, Allahyarham Fatimah Idris yang pergi menghadap Illahi pada 1 Ogos tahun lalu.
Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyambut bulan Ramadan tanpa kehadiran syurga dunia dan akhiratnya.
"Sedih rasanya kerana tahun ini kami sambut Ramadan tanpa ibu. Kalau tidak, selalunya, saya akan pulang ke Johor sebelum bulan puasa untuk ziarah kubur ayah.
“Dan seminggu sebelum raya juga, saya sudah berada di kampung, untuk kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan beli barang-barang keperluan di pasar. Sebab saya yang akan siapkan bahan-bahan memasak untuk menu hari raya,” kata Amy.
Kongsi Amy, sewaktu arwah ibunya sudah uzur dan tidak kuat, dia yang mengambil tanggungjawab penuh dalam tugasan memasak.
"Namun, ketika itu, arwah emak akan bantu bagaimana nak masak, menumis dan sebagainya.
"Begitupun, semuanya telah jadi kenangan. Memang terasa sangat Ramadan kali ini tanpa emak dan ayah. Sudah tiada lagi momen minta maaf pada pagi raya selepas ini bersama mereka," ujar Amy.
Melanjutkan bicara, Amy memberitahu yang dia tidak kerap mengadu tentang masalah yang dialami sepanjang hayat ibunya.
“Emak tahu kalau saya sedih atau gembira. Tapi saya tak pernah mengadu jika saya mengalami masalah. Moga emak saya ditempatkan dalam syurga firdaus dengan keredaan-Nya,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#pemergian ibu
#Ramadan
#hari raya
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan