PENYANYI antarabangsa kelahiran Amerika Syarikat, Pharell Williams bakal membuka sebuah resort dikenali sebagai 'Somewhere Else' di kepulauan Bahamas.
Projek dengan kerjasama ahli perniagaan David Grutman di kepulauan indah itu dijangka siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada Januari 2024.
Menurut laporan CNN, resort mewah itu akan mempunyai 400 buah bilik dan suites, selain dilengkapi dengan kemudahan restoran dan bar.
Sesuai dengan identitinya sebagai penyanyi dan penulis lirik, resort itu antara lain bakal menampilkan banglo khas yang dijadikan sebagai studio rakaman.
"Konsep resort ini adalah tropikal moden, dengan sentuhan kontemporari.
"Kita sering bercerita berkenaan dengan ciri estetik tropika, di sini kita akan membawa anda kembali ke masa lain. Kita bawa ciri masa depan itu di sini," katanya dalam temu bual bersama Grutman.
Ujarnya, beliau turut akan berkolaborasi dengan Shawn Sullivan dalam rekaan dalaman dengan menampilkan ciri-ciri seni istimewa di resort berkenaan.
"Bangunan berwarna 'pink flamingo' akan menjadi fokus utama resort ini yang sedia ada dikenali sebagai The Beach.
"The Beach adalah merupakan hotel pertama yang dibina di Atlantis, Bahamas oleh Morris Lapidus.
"Kita akan cuba lari dari konsep seni bina yang berat dan lebih membuka ruang terhadap landskap lautan serta elemen semula jadi," tambah pemenang 13 Grammy itu lagi.
Grutman merupakan mogul perniagaan yang memiliki beberapa jenama restoran, bar dan hotel terkemuka di Miami, Amerika Syarikat.
Antaranya, restoran Swan, Williams and Groot Hospitality dan hotel The Goodtime.
Astro Awani
Wed Feb 02 2022

Rekaan resort 'Somewhere Else' ini akan menampilkan bangunan 'pink flamingo' yang akan menjadi ciri utama kepada pengunjung. - Gambar CNN

Kapal tentera laut Mexico rempuh Jambatan Brooklyn, 19 cedera
Tiga tiang layar kapal setinggi 147 kaki terkena bahagian bawah jambatan, menyebabkan sebahagian struktur patah dan runtuh.
AWANI Ringkas: Kadar Pengangguran | Pendidikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Israel bunuh 200 rakyat Palestin, usir 300,000 penduduk di utara Gaza dalam tempoh 48 jam
Tentera Israel turut memusnahkan lebih 1,000 unit kediaman dan memaksa lebih 300,000 orang awam berpindah ke Bandaraya Gaza.

Peluang pasarkan produk halal di MENA, ASEAN tarik minat Bubbles O2 untuk luaskan eksport
Rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal.

Kadar pengangguran di Melaka menurun 1.8 peratus suku keempat 2024
Pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan peluang pekerjaan terutamanya membabitkan golongan belia.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok
Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh buat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei, keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun.

Menghubungkan timur dan barat: Pendekatan pragmatik PM Anwar di Rusia
Ia kunjungan rasmi pertama oleh PM Malaysia ke Rusia dalam tempoh 20 tahun dan sangat signifikan dari segi hubungan dua hala dan nilai sejarah.

Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak - Rafizi
Ahli PKR di Sarawak dinasihatkan untuk menggunakan situasi politik di negeri itu sekarang sebagai ruang untuk mengumpul kekuatan.

Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti PBB untuk tempoh 2025 hingga 2028.

Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab, amanah
Datuk Seri Tiong King Sing berkata kedudukan yang disandang wakil rakyat bukanlah lambang darjat sebaliknya mandat.

Pharrell Williams bakal buka resort mewah di Bahamas dikenali 'Somewhere Else'
Penyanyi rap dan mogul industri muzik itu akan bekerjasama dengan David Grutman, iaitu usahawan terkenal di Miami.