Sebuah program hiburan terbaru terbitan Astro iaitu hlive! bakal dilancarkan pada 12 Mei ini bertempat di Stadium Cin Woo, Kuala Lumpur.

Program hiburan itu bakal disiarkan dua kali sehari di saluran Astro RIA (104), Astro AWANI (501) dan Astro MAYA HD (135) mulai 26 Mei depan.

Di majlis pelancaran itu, satu parti hiburan yang menggabungkan elemen radio, majalah, televisyen dan media sosial bakal dihadiri nama-nama besar dalam industri antaranya Aaron Aziz, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Altimet, Neelofa, Anuar Zain dan ramai lagi.

Bertemakan "Dress Up and Suit Up", malam eksklusif itu bakal memberikan pengalaman yang unik kepada setiap yang hadir.

Pada malam itu, dua artis ternama dijangka membuat persembahan khas.

Perkembangan terkini acara hebat ini boleh diikuti menerusi laman sosial dan laman web rasmi di www.hlive.com.my.

Ikuti Twitter rasmi hlive! di @officialhlive dan Instagram @officialhlive serta hashtag #hlive.