awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projector Band membuktikan mereka bukan biasa-biasa

Yuzir Harafi
Yuzir Harafi
02/08/2018
02:46 MYT
Projector Band membuktikan mereka bukan biasa-biasa
Kumpulan Projector Band menjayakan konsert pertama mereka di Quill City Mall, 28 Julai lalu. Astro AWANI / Yuzir Harafi
Berdepan pelbagai tohmahan dan sering dilabel ‘band kampung’.
Namun, ia tidak sama sekali mematahkan semangat dan impian kumpulan Projector Band untuk memperjuangkan muzik 'rock' dan lagu mereka di pentas besar industri muzik.
Buktinya, selepas lima tahun dalam industri ini, band di bawah naungan MAP Music ini, yang dianggotai lima anak muda, Is (vokalis), Razif (ketua kumpulan/gitaris utama), Edi (gitaris kedua), Mat (bass), dan Apit (drum) telah pun berjaya mengadakan konsert pertama mereka pada tanggal 28 Julai yang lepas di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Pada malam itu, dewan konsert penuh dengan peminat setia Projector Band yang tidak sabar untuk melihat persembahan mereka.
Persembahan yang memukau oleh Projector Band.
Persembahan yang memukau oleh Projector Band.
Konsert dibuka dengan penuh rancak menerusi lagu 'Pasti Ada Kamu' dan diakui, showmanship mereka di atas pentas bertambah baik.
Selepas itu, lagu baru ciptaan penuh vokalis Projector Band, 'Setia Menantimu', turut didendangkan. Lagu 'Aishah' versi akustik turut dimainkan mereka, membangkitkan semangat peminat untuk bernyanyi bersama-sama.
Lagu Aishah yang dimainkan secara akustik oleh Projector Band di Konsert Sudah Ku Tahu.
Lagu Aishah yang dimainkan secara akustik oleh Projector Band di Konsert Sudah Ku Tahu.
Lagu duet Projector Band dan Eka Sharif, Percaya Hati.
Lagu duet Projector Band dan Eka Sharif, Percaya Hati.
Lagu duet pertama Projector Band bersama Eka Sharif bertajuk, 'Percaya Hati' dipersembahkan dengan baiknya seiringan dengan vokal mantap Is dan Eka.
Konsert selama lebih satu jam ini ditamatkan dengan lagu popular mereka, 'Sudah Ku Tahu' dengan susunan muzik yang agak berlainan dan dipersembahkan dengan sangat baik seumpama final AJL-31.
Peminat rata-rata dilihat sangat terhibur dengan persembahan Projector Band itu walaupun konsert berlangsung dalam masa yang agak singkat.
Topic Berkaitan
#konsert
#Konsert Sudah Ku Tahu
#MAP music
#PB
#Projector Band
#Sudah Ku Tahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan