awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan

Bernama
Bernama
22/01/2025
04:30 MYT
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Melly Goeslaw dan suaminya Anto Hoed pada sidang media Ada Apa Dengan Melly di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi popular Indonesia Melly Goeslaw bakal menganjurkan konsert terbaharunya yang bertemakan 'Prom Nite' di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 31 Mei.
Sinonim dengan fesyen unik, Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw mencipta sejarah dan fenomena menerusi penganjuran dua konsertnya di Malaysia iaitu Ada Apa Dengan Melly (Back To School) serta Ada Apa Dengan Melly Friends (Malam Graduasi) masing-masing pada Feb 2023 dan Jun 2024.
Melly berkata pada konsert Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite anjuran Icon Entertainment itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
"Kejutan ini tidak pernah terjadi mahupun di Malaysia atau Indonesia, kami cuba untuk tidak mengecewakan peminat yang hadir. Ada gimik, sesuatu yang diberikan penonton, pasti 'keren banget'.
"Pada majlis itu juga, kita akan memilih Prom King dan Queen. Ia pasti akan menjadi suatu majlis tari menari yang sangat meriah," katanya pada sidang media Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite di sini semalam.
Ditanya mengenai persiapan untuk konsert, pelantun lagu Ku Bahagia dan Ketika Cinta Bertasbih berumur 51 tahun itu berkata beliau perlu menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram supaya lebih cergas.
"Temanya parti, harus banyak lagu untuk meloncat (melompat) yang akan dipilih. Jadi, saya perlu turun berat badan supaya mudah untuk menari bersama peminat yang hadir," katanya.
Pada konsert kali ini beliau sekali lagi menggunakan khidmat pereka fesyen popular Ezuwan Ismail untuk rekaan busananya.
Sementara itu, Pengasas Icon Entertainment Iman Tang berkata tradisi menonjolkan tema diteruskan dan kali ini memilih tema 'Prom Nite' sebagai kesinambungan untuk dua siri konsert sebelum ini.
"Selepas 'Back to School', kita ada 'Majlis Graduasi', dan seterusnya 'Prom Nite' iaitu malam akhir kita di sekolah. Untuk kali ini, ia tidak lagi tema baju sekolah, penonton yang hadir boleh mengenakan apa jua pakaian.
"Anggaplah 'Prom Nite' atau majlis tari menari ini sebagai medan pertemuan semula bersama rakan-rakan yang sudah hadir ke dua fasa sebelumnya," kata pada sidang media yang sama.
Peminat yang ingin menari bersama Melly boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.mx.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsert
#Indonesia
#Prom Nite
#Melly Goeslaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan