awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki melecur terperangkap dalam kebakaran di Tanjung Tokong
Poster ‘Dikehendaki’ Netanyahu ditampal di seluruh London
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah

Gempak
Gempak
07/04/2024
05:51 MYT
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Selain ramai yang memuji dan melabelkan mereka sebagai ‘couple goals’, penampilan isteri putera dari Brunei itu telah menarik perhatian netizen. - Foto Gempak
PASANGAN Putera Mateen dan isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah diketahui sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan selepas berkongsi perjalanan ibadah mereka di platform media sosial.
Selain ramai yang memuji dan melabelkan mereka sebagai ‘couple goals’, penampilan isteri putera dari Brunei itu telah menarik perhatian netizen.
Telekung
Dibanjiri dengan pujian cantik meski tidak menggenakan sebarang solekan, ramai netizen tertarik dengan telekung yang dipakai Dayang Anisha.
Netizen memuji dengan mengatakan telekung Dayang Anisha sangat sederhana dan tidak berlebihan seperti menggunakan kain jenis sutera atau mempunyai banyak corak.
Sebaliknya telekung yang dikenakan Dayang Anisha polos berwarna putih dan sama seperti kebanyakan telekung yang dipakai oleh mak cik yang pergi ke surau.
Sederhana
“Telekung yang dipakai mengingatkan tentang telekung yang ada di surau atau masjid-masjid. Sangat sederhana tapi bermanfaat digunakan jemaah yang tidak bawa telekung,” puji seorang netizen.
“Kalau kita lihat sekarang ramai yang menggunakan telekung mahal dan bercorak. Tapi ini sederhana sekali,” kata yang lain pula.
Menerusi foto yang dikongsikan, pasangan yang berkahwin pada 11 Januari 2024 lalu berada di Mekah dan di Madinah selain Putera Mateen berkongsi suasana menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan bersama beberapa individu lain.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Putera Mateen
#Dayang Anisha Rosnah
#tunai umrah
#telekung
#Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan