DARI dua hari lepas kecoh berterbangan khabar angin kononnya pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.
Kontroversi berkenaan tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.
Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kenyataan dari mulut Syamsul sendiri mengenai desas-desus itu.
Malah Syamsul juga dilaporkan tidak menghadiri majlis pratonton filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan", dua hari lepas.
Gempak meninjau laman sosial akaun Instagram isterinya, Puteri Sarah Liyana dan didapati pelakon itu sedang sibuk menguruskan kedua-dua anaknya yang jatuh sakit serta dimasukkan ke hospital.
Anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2, dilaporkan demam panas sejak lima hari lalu sebelum dimasukkan ke hospital.
Dilihat Puteri Sarah yang sedang sibuk menjalani penggambaran terpaksa berkejar lari dari set penggambaran untuk menguruskan anak-anaknya sebelum kembali semua ke set.
Ia mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati melihat keadaan Puteri Sarah yang terpaksa bersusah payah menguruskan anak-anak mereka seorang diri.
Rata-rata mendoakan urusannya dipermudahkan serta tabah menghadapi ujian.
“Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, dia masih mampu berikan yang terbaik,” komen seorang pengikutnya.
“Semoga kuat hadapi dugaan ya,” pinta seorang netizen.
Tidak kurang juga yang berang dengan Syamsul dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.
“Bapanya patut bawa anaknya ke hospital,” kata seorang lagi warga maya.
“Semoga perampas meninggal dengan cepat,” marah warga net.
Sementara itu, menerusi IG Live Puteri Sarah sebelum ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya bakal berkahwin lagi.
"Saya tak tahu dan saya pun baru tahu... Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain.
"Saya nak fokuskan pada kerja dan shooting saya ketika ini. Apa nak jadi, jadilah... Allah sentiasa ada, korang (peminat) pun ada dengan saya.
"Syaikhul pun tengah tak sihat. Dia dah tiga hari demam.
"Pagi tadi masa dia bangun tidur, bibir dia berdarah teruk sebab dia tidur bernafas ikut mulut, bibir dia kering sangat dan mata dia bengkak.
"Saya dah takut dan terus bawa ke hospital! Ini kali kedua dia sakit sampai masuk wad.
"Kali pertama dulu ketika dia berusia 8 bulan. Ketika itu dia kena pneumonia. Dia dah lama tak sakit, ini tiba-tiba dia sakit balik," ujarnya.
Rumah tangga Syamsul dan Sarah bergolak selepas mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan terbaharu pendedahan orang ketiga.
Sekadar info Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 18 2022
Puteri Sarah memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya Syamsul (kiri) bakal berkahwin lagi. -Gempak
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai!
Isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai setelah kes perceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof berakhir.
Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia
MESKIPUN tidak lagi bersama, pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap mendoakan jodoh yang terbaik buat bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana kelak.
Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul
Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Mat Kilau itu mengesahkan bahawa, isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.
Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, reda apabila dia kini sah sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof
Kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah
Pelakon Puteri Sarah tidak berfikir panjang apabila pihak produksi menawarkannya untuk memegang watak seorang perampas suami orang dalam siri terbaharu Hijrah Jannah.
Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini
Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
"Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah" - Syamsul Yusof
Syamsul sedia maklum hati ibunya terluka, namun, sebagai anak rasa hormat dan sayang pada wanita itu tidak pernah pudar.
Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar
Dengan situasi yang berlaku antara dia dan isteri pertama, Puteri Sarah ketika ini, ia bukanlah masa sesuai untuk anak-anaknya itu berjumpa dengan Ira.
Mohon hak jaga anak selepas fikir secara tiba-tiba - Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah memfailkan permohonan hadanah iaitu hak jagaan penuh terhadap dua anaknya di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu.