awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2023
05:17 MYT
Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell
Putri Ariani jelas menjadi kebanggaan Simon Cowell yang tidak henti-henti memuji bakat luar biasanya. - Gambar/ IG simoncowell
WALAUPUN mendapat 'standing ovation' daripada keempat-empat juri peringkat akhir America's Got Talent (AGT) musim ke-18, peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat.
Begitupun, penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia itu, jelas menjadi kebanggaan Simon Cowell yang tidak henti-henti memuji bakat luar biasanya.
“Tidak ada yang mampu menafikan fakta awak adalah peserta luar biasa, dan juga manusia luar biasa.
“Tapi pada akhirnya, ini adalah pertandingan,” ujar Cowell.
Persembahan memukaunya membawa lagu Elton John, Don't Let the Sun Go Down on Me, di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat itu turut dikagumi tiga lagi juri iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel.
Pertandingan itu dijuarai penjaga haiwan, Adrian Stoica dan anjing kesayangannya, Hurricane.
View this post on Instagram
A post shared by Putri Ariani (@arianinismaputri)
Duo tersebut membawa pulang wang tunai bernilai US$1 juta dan berpeluang membuat persembahan pada AGT Presents Superstars Live di Luxor Hotel and Casino di Las Vegas, Amerika Syarikat
Stoica dan Hurricane mempersembahkan kemahiran akrobatik antara manusia dan haiwan.
View this post on Instagram
A post shared by Putri Ariani (@arianinismaputri)
Sementara itu, tempat kedua diraih Anna Deguzman; Murmuration (ketiga) dan Ramadhani Brothers (kelima).
AGT adalah sebuah program realiti yang mencungkil bakat bukan hanya menyanyi tetapi juga sesuatu yang unik dan luar biasa dimiliki oleh para peserta.
Topic Berkaitan
#America's Got Talent
#putri ariani
#simon cowell
#keputusan pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan