ENTERTAINMENT
Radio SINAR raikan 80 pendengar setia di Rumah Terbuka bersama Follow Me

Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyampai-penyampai SINAR yang meluangkan masa bersama peminat dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan. - Foto Radio SINAR
KUALA LUMPUR: Stesen radio popular, SINAR, meraikan seramai 80 pendengar setianya menerusi majlis Rumah Terbuka SINAR yang berlangsung meriah di Tamu Hotel Kuala Lumpur.
Majlis istimewa ini turut mendapat sokongan jenama penjagaan diri terkenal, Follow Me, yang bersama-sama memeriahkan sambutan Syawal bersama para pendengar.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran penyampai-penyampai SINAR termasuk Ray, Kak Sheera, Falyq, Hefny, Dina, Roy Azman dan Haiqal, yang meluangkan masa bersama peminat dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan.
Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, berkata majlis ini merupakan salah satu inisiatif terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pendengar, penyampai serta pihak di sebalik tabir operasi SINAR, terutamanya sempena bulan Syawal yang penuh kemeriahan.“80 pendengar ini telah dipilih melalui penyertaan di laman web rasmi SINAR, di mana mereka perlu menjawab beberapa soalan dan menyatakan sebab mengapa mereka layak menyertai Rumah Terbuka ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami sangat menghargai komitmen yang ditunjukkan,” jelas beliau.
Menambahkan lagi kemeriahan, penyanyi legenda tanah air Datuk Nash dan Ramlah Ram turut membuat persembahan khas buat para tetamu yang hadir.
“Kami amat berterima kasih kepada Follow Me atas kerjasama luar biasa ini. Semoga ia menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi menarik pada masa hadapan. SINAR akan terus komited dalam memberikan kandungan terbaik sama ada menerusi siaran radio atau platform digital,” tambah Zureen.
SINAR katanya, turut menyatakan penghargaan kepada para pendengar yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis ini dan berharap sokongan mereka akan terus berpanjangan dalam program-program yang akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami