awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahib rebah, meninggal dunia dalam cubaan halang Katy Perry beli gereja

Agensi
Agensi
11/03/2018
10:08 MYT
Rahib rebah, meninggal dunia dalam cubaan halang Katy Perry beli gereja
Catherine Rose Holzman, 89 tahun merayu agar penyanyi Katy Perry (gambar) tidak meneruskan hasrat membeli gereja yang menjadi pertikaian. - Foto REUTERS/Dylan Martinez
Seorang rahib wanita Roman Katolik yang menentang keras pembelian sebuah gereja di Los Angeles kepada bintang pop sensasi Katy Perry meninggal dunia selepas rebah sewaktu pendengaran kes itu di mahkamah pada Jumaat.
Catherine Rose Holzman, 89 tahun adalah salah seorang daripada rahib yang mencabar penjualan gereja itu di mahkamah Los angeles, lapor saluran televisyen Fox.
"Kepada Katy Perry, tolong hentikan (pembelian). Ia tidak membantu sesiapa sebaliknya melukakan hati banyak pihak," Holzman dipetik berkata kepada wartawan sewaktu memasuki mahkamah.
Semalam sebuah laman web yang memihak kepada kumpulan rahib terbabit memaparkan gambar Holzman dengan tulisan, "Berehatlah wahai bidadari yang kami hargai."
Namun tiada sebarang komen dari jurucakap Perry mahupun pihak polis mengesahkan mengenai punca kematian.
Sisters of the Immaculate Heart of Mary, gereja yang menjadi pertikaian pernah dihuni oleh Holzma sebelum ini.
Holzman dan empat rakannya yang lain sedang cuba untuk menjual gereja terbabit dengan harga AS$15.5 juta kepada seorang pengusaha restoran yang mahu mengubahsuai gereja itu kepada sebuah hotel.
Bagaimanapun penjualan itu dihalang pada 2015 dan membuka ruang kepada Perry untuk membelinya.
Topic Berkaitan
#Convent
#Katy Perry
#Los Angeles
#mahkamah
#meninggal dunia
#polis
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan