awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman 'Running Man' terhenti susulan kematian Kim Joo Hyuk

Agencies
Agencies
31/10/2017
03:40 MYT
Rakaman 'Running Man' terhenti susulan kematian Kim Joo Hyuk
Yoo Young tidak dapat meneruskan rakaman kerana terkejut dan menghadapi kesukaran untuk mempercayai peninggalan teman lelakinya.
PENGGAMBARAN program variasi ‘Running Man’ terpaksa dihentikan berikutan kematian Kim Joo Hyuk.
Bekas anggota rancangan ‘2 Days & 1 Night’, Kim Joo Hyuk meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan petang semalam.
Pada hari yang sama, teman wanita beliau, Lee Yoo Young sedang membuat penggambaran untuk ‘Running Man’.
Yoo Young tidak dapat meneruskan rakaman kerana terkejut dan menghadapi kesukaran untuk mempercayai pemergian teman lelakinya.
“Penggambaran di Busan segera diberhentikan apabila kami menerima berita tersebut. Semua anggota dan tetamu telah kembali (dari Busan),” kata wakil syarikat penyiaran SBS, menerusi laporan portal hiburan allkpop.
Joo Hyuk dan Yoo Young bertemu apabila mereka membintangi filem ‘Yourself and Yours’ dan mereka dilaporkan bergaul mesra meskipun terdapat jurang perbezaan usia iaitu 17 tahun.
Joo Hyuk telah menyatakan hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya pada hujung tahun ini menerusi temu bual pada Februari lalu.
Topic Berkaitan
#K-pop
#kemalangan
#Kim Joo Hyuk
#Korea Selatan
#Lee Yoo Young
#meninggal dunia
#rakaman
#Running Man
#terhenti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan