awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan, peminat tidak rela melihat Nam Ron tinggalkan dunia seni

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2016
10:03 MYT
Rakan, peminat tidak rela melihat Nam Ron tinggalkan dunia seni
Nam Ron baru-baru ini muncul sebagai pelakon utama filem Redha yang dicalonkan sebagai wakil negara ke Oscars - Foto Facebook/Five Arts Centre
“Kau sepak dan terajanglah kerana aku sudah tidak berguna.”
Demikian salah satu bait ayat dalam beberapa status Facebook nukilah pelakon Nam Ron yang membayangkan hasratnya untuk meninggalkan dunia seni.
Pelakon filem Redha dan Bunohan itu menyifatkan dirinya dalam bidang seni sebagai “si tua tolol yang masih percaya pada harapan yang akhirnya menjadi dendam.”
Selepas hampir 30 tahun melibatkan diri dalam dunia seni, Nam Ron mendakwa dunia seni “penuh dengan kekecewaan dan kecurangan.”
Bekas tenaga pengajar ASWARA itu turut menegaskan jika ada sesiapa yang datang bertemunya untuk ilmu seni, dia akan meminta mereka untuk melupakan hasrat bergelar anak seni.
Jangan tinggalkan kami
Luahan hati Nam Ron menyebabkan netizen termasuk para rakan dunia seni tampil memberi kata-kata semangat.
Pelakon Sharifah Amani yang membintangi filem Psiko Pencuri Hati di bawah arahan Nam Ron mahu pelakon itu terus kekal dan menegaskan “kami masih memerlukan anda di sini.”
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor turut memberi semangat dan menyeru Nam Ron agar terus berkarya walau menempuh pelbagai cabaran.
“Kita tetap buat kerana itu adalah jiwa dan hati kita. Memberi minum kepada yang dahaga biarpun ditinggalkan keseorangan selepas itu,” tambahnya.
Rakan seni dan peminat menyeru Nam Ron agar terus kekal dalam dunia seni
Rakan seni dan peminat menyeru Nam Ron agar terus kekal dalam dunia seni
Topic Berkaitan
#Adibah Noor
#Nam Ron
#Redha
#Sharifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan